Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Polis pemandu mabuk
Gambar: Sinar Harian

Polis Cedera Parah Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Bertugas

Iqbal Yasir

Polis Cedera Parah Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Bertugas

JOHOR BAHRU, 14 Julai (Bernama) — Seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan.

Beliau berkata kemalangan tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS sedang membuat kawalan lalu lintas susulan kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas di lorong kanan tempat kejadian.

“Bagaimanapun, ketika proses penundaan dilakukan sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna perak dari arah belakang telah mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri sebelum melanggar anggota berkenaan yang sedang berdiri di sebelah kiri trak tunda.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tercampak ke atas cermin hadapan kereta Proton Wira tersebut dan kemudian melambung sebelum terjatuh di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Ribut Di LTAL, Rakaman Kapal Terbang ‘Mengiring’ Sebelum Mendarat Raih Perhatian

Bagaimanapun, Raub berkata pemandu kereta iaitu lelaki tempatan berusia 30-an hanya mengalami luka pada tangan kiri.

“Hasil ujian pernafasan ke atas pemandu tersebut mendapati dia positif alkohol, manakala ujian saringan air kencing pula negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) (B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian itu agar tampil ke IPD JBS bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014-6977122.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

BACA JUGA: Remaja Nyaris Maut, Dipercayai Termakan Biskut Beracun