Siakap Keli
remaja biskut beracun
Gambar: RTM via Polis

Remaja Nyaris Maut, Dipercayai Termakan Biskut Beracun

Remaja Nyaris Maut, Dipercayai Termakan Biskut Beracun

KEMAMAN — Seorang remaja berusia 13 tahun berdepan detik cemas selepas nyaris maut dipercayai termakan biskut bercampur dengan racun di Kampung Dadong, Kemaman, Jumaat lalu, lapor RTM.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, beliau mengesahkan kejadian tersebut apabila pihaknya menerima laporan pada jam 4 petang tadi.

Difahamkan, remaja tersebut telah dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman (HK) selepas pengsan dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang.

“Sebelum kejadian, mangsa Mohd Daynail Haikal Alias bersama-sama seorang rakannya dikatakan ke sebuah kebun pisang dan kelapa untuk memancing kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

“Mangsa dikatakan telah menemui dan memakan sekeping biskut yang telah dicampur racun oleh pemilik kebun bagi tujuan membunuh kera yang diikat pada sebatang kayu di kebun itu,” maklumnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, bapa mangsa, Alias Saras berkata kejadian tersebut diketahui olehnya selepas isterinya, Roslina Ahmad memaklumkannya.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Alias, 57 tahun berkata anaknya secara tiba-tiba pengsan dan mulutnya berbuih selepas memakan biskut yang diambil dari kebun berkenaan.

“Melihat kejadian itu, bapa kepada rakan anaknya bertindak membawa Mohd Daynail ke sebuah klinik kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun Alias bersyukur kerana anaknya kini sudah mulai pulih selepas menerima rawatan di hospital,” katanya lagi.

Kes akan disiasat di bawah  seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mangsa Kedua Kes Keropok Beracun, Luth Syauqi Meninggal Dunia 

Terdahulu, dalam kejadian berasingan media melaporkan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal selepas memakan keropok yang dipercayai dicampur dengan racun tikus dilaporkan meninggal dunia, lapor Siakap Keli.

Makanan ringan berkenaan disangkut di pagar dawai besi kebun berdekatan kediaman mereka. Keropok tersebut dipercayai disangkut untuk menghalau haiwan liar yang mengganggu tanaman jiran mangsa.

Abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, telah disahkan meninggal dunia pada 8.30 pagi, Rabu. Manakala Muhammad Luth Syauqi, 2, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1.20 tengah pada Jumaat.

Sumber: RTM 

BACA JUGA: Wanita Sarat Mengandung Lapan Bulan Maut Dibunuh Suami

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.