Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Korea Selatan Serbu Tiga Lokasi Dalam Siasatan Nahas Jeju Air

Nahas Jeju Air
Kredit: Anadolu Agency

Polis Korea Selatan pada Selasa menyerbu Korea Airports Corporation (KAC), Kementerian Pengangkutan serta Pejabat Penerbangan Wilayah Busan sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung nahas pesawat Jeju Air pada 2024 yang mengorbankan 179 orang.

Menurut Agensi Berita Yonhap, pasukan khas polis yang menjalankan siasatan itu dihantar ke KAC yang mengendalikan kebanyakan lapangan terbang domestik utama Korea Selatan kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, selain Kementerian Pengangkutan dan Pejabat Penerbangan Wilayah Busan.

Polis menjalankan penggeledahan bagi mendapatkan bukti tambahan berkaitan dakwaan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian atau kecederaan.

Seorang pegawai pasukan khas itu berkata, seramai 45 individu kini berdepan dakwaan berhubung kecuaian berkenaan sebagai sebahagian daripada siasatan.

Polis turut sedang mempertimbangkan kemungkinan mengenakan pertuduhan tambahan berkaitan menyebabkan bencana awam serius, lapor Yonhap.

Nahas Jeju Air

Siasatan itu memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti punca nahas yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada 29 Disember 2024, selain meneliti sama ada agensi kerajaan dan pihak bertanggungjawab telah melaksanakan tugas masing-masing dengan sewajarnya.

Pesawat penumpang Jeju Air itu terhempas ketika melakukan pendaratan di lapangan terbang berkenaan, mengorbankan 179 daripada 181 penumpang dan kru di dalam pesawat.

Tragedi berkenaan merupakan antara nahas penerbangan paling dahsyat dalam sejarah Korea Selatan.

Intipati
  • Polis Korea Selatan menyerbu tiga lokasi berkaitan siasatan nahas Jeju Air 2024.
  • Penggeledahan dibuat bagi mendapatkan bukti tambahan berhubung dakwaan kecuaian profesional menyebabkan kematian.
  • Nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan mengorbankan 179 daripada 181 penumpang dan kru.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan