Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Mohon Bantuan Kesan Nurathirah Najwa

Kredit: Polis Daerah Taiping

Polis Mohon Bantuan Kesan Nurathirah Najwa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berbangsa Melayu yang dilapor hilang di sekitar Changkat Jering, Taiping, Perak.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Polis Daerah Taiping di Facebook, Nurathirah Najwa binti Sulaiman yang berusia 24 tahun memiliki ketinggian kira-kira 166 sentimeter, berbadan kurus, berkulit hitam manis.

Laporan kehilangan itu direkodkan di Balai Polis Changkat Jering dengan nombor laporan 0044/26.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan wanita tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, SM Hishamuddin Abdullah (BP Changkat Jering) di talian 05-855 3222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

BACA: Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju

Sumber: Polis Daerah Taiping