Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Mohon Bantuan Kesan Wanita Hilang

Iqbal Yasir
polis kesan wanita hilang
Gambar: Polis

Polis Mohon Bantuan Kesan Wanita Hilang

Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Nor Atikah Najwa Nor Asmadi, 20, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan PJS 4/16, Taman Medan, Selangor pada 25 Februari lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar selepas pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nor Atikah Najwa pada jam 10.13 malam, semalam.

Butiran fizikal Nor Atikah Najwa adalah mempunyai ketinggian 155 sentimeter (cm), berat 45 kilogram (kg), berkulit sawo matang, hidung mancung, mata dan rambut (memakai tudung) berwarna hitam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp C. S. Baalanaagan 014-8882388, 013-9077904 atau 03-79662222,” maklum kenyataan itu.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

BACA: Jawatankuasa Fatwa MKI Putuskan Ahli Sunah Waljamaah Mazhab Rasmi Negara

BACA: Kedutaan Besar, Muhammadiyah Bahas Penubuhan Malaysia Madani Malindo Di Jakarta

BACA: 11 Negeri Diramal Hujan Petang Ini – METMalaysia