Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Prabowo Dedah Ada DNA India, Akui Tubuh Bergerak Bila Dengar Lagu India

prabowo dna india
Kredit: ardisatriawan

Prabowo Dedah Ada DNA India, Akui Tubuh Bergerak Bila Dengar Lagu India

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan beliau telah menjalani ujian penjujukan genom sebelum melawat India pada awal 2025 dan hasilnya mendapati beliau mempunyai DNA India.

Menurut Kompas.com, Prabowo juga berkata setiap kali beliau mendengar muzik India, tubuhnya tiba-tiba mula bergerak.

"Sebelum lawatan negara saya ke India, saya telah melakukan apa yang dipanggil sebagai ujian penjujukan genom. Saya menguji DNA saya dan mendapati bahawa saya mempunyai DNA India. Ini benar," katanya di Majlis Resepsi Komuniti India di Pusat Konvensyen Jakarta di Senayan, Jakarta pada petang Selasa.

Kredit: Kompas

Ketika menerima kunjungan Perdana Menteri India Narendra Modi pada Selasa, Prabowo tidak dapat menahan diri daripada menyanyikan lagu India.

"Jamuan negara sangat formal tetapi saya tidak dapat menahan diri, menteri dan jeneral saya, mereka semua suka menari dan menyanyi," ujarnya.

Beliau turut berseloroh bahawa menteri-menterinya juga sebenarnya mempunyai DNA India.

"Mungkin kebanyakan mereka juga mempunyai DNA India. Kebanyakan menteri saya menyanyikan lagu-lagu India dengan sangat baik.

"Saya nampak ada sebuah kugiran malam ini. Jadi, kami mengadakan mesyuarat yang sangat bagus," katanya.

Tubuh saya ikut bergerak bila dengar lagu India

Terdahulu, Modi tiba di Indonesia bagi lawatan negara selama tiga hari.

Antara perjanjian yang dimeterai ketika pertemuan dengan Prabowo adalah mengenai sistem peluru berpandu BrahMos.

Jurucakap Kementerian Luar India, Randhir Jaiswal, menerusi hantaran di X mengesahkan satu perjanjian bagi kerjasama Sistem BrahMos telah dimeterai ketika lawatan tersebut, lapor AFP.

"Kedua-dua negara turut mencapai persetujuan berhubung kerjasama peluru berpandu udara ke udara yang meningkatkan kerjasama teknologi dan keupayaan pertahanan," katanya.

Bagaimanapun, butiran mengenai perjanjian itu tidak didedahkan, manakala jurucakap Kementerian Pertahanan Indonesia tidak memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan ulasan.

Sementara itu, Modi menyifatkan hubungan antara Jakarta dan New Delhi kini dibina atas kepercayaan yang semakin meningkat selepas pertemuannya dengan Prabowo.

Menurutnya, kepercayaan itu menjadi asas kepada kerjasama dalam bidang pertahanan, keselamatan dan hal ehwal maritim.

“Hari ini, kami mencapai persetujuan untuk memperkukuh pertukaran pertahanan, pengurusan bencana dan kerjasama industri,” kata Modi kepada pemberita.

Sumber:KOMPAS.com