Prabowo Siap Ke Tehran, Damaikan AS-Iran
Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, menyatakan kesediaan beliau untuk menjadi sebagai orang tengah (mediator) dalam konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang semakin memuncak, lapor Kompas.
Dalam satu kenyataan Kementerian Luar Negeri (Kemenlu), Prabowo menyatakan Indonesia menyeru agar semua pihak berhenti melancarkan serangan dan mengutamakan penyelesaian melalui jalan damai.
“Indonesia menyeru kepada semua pihak untuk menahan diri dan mengutamakan dialog serta diplomasi,” maklum kenyataan itu.
Tambah beliau, Indonesia juga menyatakan kesediaan untuk terlibat secara langsung dalam usaha perdamaian, sekiranya kedua-dua negara itu bersetuju dengan langkah tersebut.
“Kerajaan Indonesia menyatakan kesediaannya untuk memudah cara (fasilitasi) dialog bagi memulihkan keadaan keselamatan yang kondusif.
“Jika kedua-dua belah pihak bersetuju, Presiden Indonesia sedia untuk mengadakan lawatan ke Tehran bagi melaksanakan sesi mediasi,” maklum kenyataan itu
Sebelum ini, agensi berita AFP melaporkan AS dan Israel telah melancarkan serangan terhadap di Tehran, ibu negara Iran.
Presiden AS, Donald Trump, kemudiannya memuat naik satu kenyataan video yang mengumumkan operasi tempur AS di Iran bertujuan untuk menghapuskan ancaman yang mendesak.
Dalam beberapa video tular memaparkan kepulan asap tebal menjulang tinggi di atas daerah Pasteur di Tehran, lokasi kediaman Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
