Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Presiden Belarus Dilapor Arahkan Tentera Bantu Rusia Serang Ukraine

Gambar: Kremlin

Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dilaporkan telah memberi arahan kepada tentera Belarus untuk membantu Rusia menceroboh Ukraine, lapor Market Rebellion.

Menurut laporan PM Breaking News, pasukan pertahanan di sempadan Ukraine mengesahkan bahawa para tentera Belarus turut terlibat dalam penyerangan terhadap Ukraine.

Sebelumnya, Lukashenko sempat mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow, Jumaat lalu.

Memetik CNN, Lukashenko juga dikatakan turut bersama Putin semasa sesi latihan strategik peluru berpandu Rusia pada Sabtu.

Sumber: Market Rebellion, PM Breaking News, CNN