Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN Johor: PAS Tidak Gerakkan Jentera Bantu Kempen Bersatu - Abdul Hadi

Tidak gerakkan
Kredit: Bernama

PRN Johor: PAS Tidak Gerakkan Jentera Bantu Kempen Bersatu - Abdul Hadi

MARANG, 26 Jun (Bernama) -- PAS menegaskan jentera parti itu tidak akan digerakkan bagi membantu kempen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata kedua-dua parti akan menggunakan jentera berasingan dan strategi kempen yang berbeza, biar pun menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) yang sama untuk pilihan raya pada 11 Julai depan.

"Tak...kempen berbeza-beza kerana mereka (Bersatu) desak nak logo itu dan juga kita tidak pecah lagi (pakatan PN). Kita tetap dengan PAS. Yang parti Bersatu kita tidak tahu strategi mereka.

"Mungkin dia ada strategi sendiri yang nak ambil. Tetapi jentera PAS akan tetap bekerja untuk kita di 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) bertanding," katanya ketika ditemui selepas Kuliah Duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Pada masa sama Abdul Hadi turut menegaskan bahawa kemelut antara PAS dengan Bersatu sudah selesai dan pihaknya tetap dengan keputusan untuk membatalkan kerjasama.

Beliau berkata PAS meletakkan sasaran untuk menjadi blok pembangkang yang berperanan sebagai ejen semak dan imbang kepada kerajaan negeri.

"Kita bertanding 11 kerusi (di PRN Johor). Kita pilih kerusi yang ada keyakinan untuk menang. Yang penting kita mahu Johor diperintah Melayu Islam," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun ini sebagai hari penamaan calon bagi PRN Johor, manakala 7 Julai untuk pengundian awal dan 11 Julai ialah hari pengundian.

Sumber:BERNAMA