Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PRN: Lebih 15 Peratus Keluar Mengundi Awal Di Enam Negeri Dan Satu PRK Setakat 9 Pagi
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Peratusan keluar mengundi bagi undi awal di enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah lebih 15 peratus setakat 9 pagi ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kelantan merekodkan peratusan tertinggi iaitu 23 peratus, diikuti Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 22 peratus manakala Terengganu, 20 peratus.
Negeri Sembilan pula merekodkan 19 peratus; Selangor 17 peratus manakala peratusan undi awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 16 peratus.
Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.
Turut dibuka ialah tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.
Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.
Turut dibuka ialah tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.
Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan untuk PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.
Ia melibatkan undi awal 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.
Sementara, seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu.
Di IPK Terengganu, pusat pengundian awal pertama yang akan ditutup ialah bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada 12 tengah hari diikuti DUN Bandar pada 2 petang dan terakhir DUN Ladang pada 5 petang, manakala tiada pusat pengundian awal bagi DUN Wakaf Mempelam.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRN di enam negeri serta PRK Kuala Terengganu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos, manakala hari pengundian pada 12 Ogos ini.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari penamaan calon pada 29 Julai lepas dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos.
PRN itu melibatkan 36 kerusi DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40) Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.
PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.
BACA: Guna Tapak “Mug”, Cara Mudah Nak Tajamkan Pisau Dapur Kalau Tak Ada Batu Asah
Sumber: Bernama