Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN Sabah Ditetapkan Pada 29 Nov, Penamaan Calon 15 Nov – SPR

Athirah
PRN Sabah Ditetapkan 29 Nov
Kredit: Bernama

PRN Sabah Ditetapkan Pada 29 Nov, Penamaan Calon 15 Nov – SPR

KOTA KINABALU, 16 Okt (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Nov dan tarikh pengundian awal pada 25 Nov.

“Sebanyak 1,784,843 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab masing-masing (pada PRN Sabah ke-17),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi PRN Sabah ke-17 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.

Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberikan laluan kepada PRN Sabah ke-17.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: JKM Umum Kad OKU Versi Kod QR, Ini Langkah Tukar Kad Baharu Anda
BACA: Pemohon Dikehendaki Daftar Akaun MySTR Baharu Bagi Permohonan STR 2026
BACA: Pemandu Jentolak Temui Penemuan Misteri Di Luar Pangkalan Tentera Laut
BACA: Ini Senarai Pekerjaan Paling Laku & Berkurang Menjelang 2030, No. 5 Paling Mengejutkan

Sumber: Bernama