Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Projek Pelebaran Lebuhraya KL-Karak (KLK) Bermula Tahun Ini – MB Pahang
KUANTAN, 1 Feb (Bernama) — Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan projek pelebaran jalan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang dijangka bermula pada suku kedua 2024, sebagai langkah jangka panjang bagi mengurangkan kesesakan di kawasan terbabit.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek yang bakal dijalankan oleh syarikat konsesi Anih Berhad itu melibatkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Lingkaran Tengah Utama, Bentong.
Beliau berkata projek itu merangkumi pembinaan satu lagi terowong, penambahbaikan terhadap bahu jalan selain menyediakan lampu jalan di keseluruhan jajaran untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.
“Untuk itu, saya telah memanggil Syarikat Anih Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk memberi taklimat serta membincangkan mengenai langkah-langkah penyelesaian kesesakan ini dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini (semalam).
“Bagi mengurangkan masalah ini, beberapa kaedah penyelesaian telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan merangkumi projek jangka masa panjang serta jangka pendek. Diharap dengan pelaksanaan projek-projek ini, kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KLK dapat ditangani dan dikurangkan,” katanya dalam kenyataan.
Sebagai tindakan jangka pendek, Wan Rosdy berkata beberapa pendekatan telah dan akan dilaksanakan antaranya menjadualkan kerja pembaikan di luar waktu puncak dan melaksanakan pengasingan lorong Plaza Tol Gombak Arah Barat mengikut destinasi (Batu Caves/Ampang) bagi mengurangkan isu weaving.
Selain itu, menyediakan dua lokasi tidal flow (KM55-59 arah timur dan KM60-56 arah barat), namun pelaksanaannya tertakluk kepada pecahan trafik di kedua-dua arah mencapai nisbah trafik 70-30 (barat-timur) bagi mengelakkan kesesakan.
BACA: Ingatkan Tengkolok Sahaja, Ini 7 Pakaian Istiadat Diraja Perlu Diketahui
Sumber: Bernama