Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Kredit BERNAMA

PRU15: Calon Termuda 23 Tahun, Dr Mahathir Kekal Calon Paling Tua 97 Tahun

Syed Faisal Sayed Muhammad

PRU15: Calon termuda 23 tahun, Dr Mahathir kekal calon paling tua 97 tahun

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Calon termuda yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah Peggy Chaw Zhi Ting dan Muhammad Syahmi Suhaimi yang masing-masing berumur 23 tahun.

Sementara Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai calon paling tua yang bertanding pada pilihan raya kali ini pada usia 97 tahun.

Chaw yang bertanding di Parlimen Tenom atas tiket Bebas akan berdepan persaingan lima penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) Noorita Sual, calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar, Ukim Buandi (Parti Warisan) dan seorang lagi calon Bebas Riduan Rubin.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Muhammad Syahmi pula mewakili PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang di Perlis menentang tiga lagi calon iaitu Datuk Ismail Kassim (BN), Wan Zikri Afthar Ishak (PN) dan Maton Din daripada Pejuang yang merupakan parti komponen GTA.

Sementara itu, Dr Mahathir yang bertanding di Langkawi atas tiket Pejuang mempertahankan kerusi itu untuk penggal kedua dalam persaingan lima penjuru melibatkan calon BN Datuk Amirshah Siraj, calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, Zabidi Yahya (PH) dan Datuk Abd Kadir Sainudin (Bebas).

Pada PRU14, Perdana Menteri Keempat itu mencipta kejutan memenangi kerusi tersebut atas tiket PH dengan memperolehi 18,954 undi menewaskan penyandang daripada BN Nawawi Ahmad dan calon PAS Zubir Ahmad selepas kembali aktif dalam gelanggang politik setelah “menyepi” lebih 13 tahun.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Beliau yang menjadi Perdana Menteri Ketujuh selama 22 bulan selepas kemenangan PH pada PRU14, sebelum itu menyandang kerusi Parlimen Kubang Pasu selama lima penggal sejak 1974 atas tiket BN sebelum melepaskan jawatan pada 2004.

Selain itu, veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah, 85, turut sebaris dengan Dr Mahathir apabila menjadi calon kedua tertua dalam pilihan raya kali ini sejak dinamakan pertama kali menjadi calon PRU pada 1974.

Bekas Menteri Kewangan dan pengasas Petroliam Nasional Berhad (Petronas) itu yang bertanding di Parlimen Gua Musang merupakan calon paling senior dipertaruhkan BN bagi mengekalkan kerusi tersebut.

Beliau pernah keluar daripada UMNO pada 1988 bagi memimpin Parti Semangat 46 (S46) dan mengekalkan kerusi Parlimen Gua Musang bersama S46 dalam PRU pada 1989.

Pada PRU15, Tengku Razaleigh berdepan saingan empat penjuru melibatkan calon PAS Datuk Mohd Azizi Abu Naim, Dr Samsu Adabi Mamat (Pejuang) dan Asharun Uji (PH).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Sumber: BERNAMA