Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pukul 2 Pagi Datang ‘Beraya’, Tular Kumpulan Gajah Muncul Depan Rumah

Azizah Najib
gajah liar beraya
Kredit: TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pukul 2 Pagi Datang ‘Beraya’, Tular Kumpulan Gajah Muncul Depan Rumah

Biarpun 1 Syawal sudah meninggalkan kita, namun jemputan beraya masih tidak putus-putus dihantar kepada sanak saudara dan kenalan. Ada yang memilih untuk adakan jamuan di siang hari, ada juga yang meraikan tetamu di sebelah malam.

Jemputan yang dihantar tidak hanya sekadar meraikan sambutan hari raya, tetapi turut bertujuan mengumpulkan ahli keluarga dan sahabat handai yang jarang dapat berjumpa. Malah, tempoh ini juga menjadi pilihan syarikat dan organisasi sebagai wadah mengeratkan hubungan sesama pekerja.

Tatkala tuan rumah menyambut tetamu yang datang beraya, jangan terkejut apabila ada tetamu yang tidak diundang turut serta menghadiri jemputan. Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Pakdiwan dilanda keresahan ketika menerima rombongan gajah liar beraya di pekarangan rumahnya.

Menurut Pakdiwan ketika ditanya SK, kejadian tersebut berlaku di Kampung Lukut, Kota Tinggi.

“Gajah ni tak selalu pun (muncul). Kadang-kadang saja dia lalu situ. (Pagi tu) dalam enam ekor dia lalu. Dalam pukul 2, 3 pagi,” maklum lelaki tersebut.

Menerusi rakaman perkongsiannya, segerombolan gajah dilihat melintasi halaman rumah dengan beberapa ekor lagi mengambil ‘buah tangan’ berupa daun pisang buat isi perut. Kehadiran dua ekor anak gajah dalam kalangan rombongan tersebut turut menambah seri biarpun suasana tersebut agak menggerunkan.

Rombongan yang jarang menjengah di kawasan kediaman kebiasaan ini mendapat perhatian warga maya yang sempat berseloroh.

“Raya tak habis lagi, kenapa tuan rumah diam je? Tadi dari jauh nampak ada duduk depan beranda tu. Lampu menyala, motor ada,” lakon warga maya.

“Assalamualaikum, kami datang nak beraya,” seloroh seorang lagi.

“Seram, nak datang beraya mai sebesar bas,” ujar yang lain.

Sebagai pengetahuan, baru-baru ini kerajaan Johor telah membangunkan sistem amaran awal bagi mengatasi konflik manusia dan gajah. Menerusi laporan media, lima kumpulan gajah aktif didapati di beberapa daerah termasuk Kota Tinggi.

Sumber: TikTok Pakdiwan, Astro Awani

BACA: Kebakaran Putra Heights: Tidak Mahu Susahkan Sesiapa, Mangsa Baiki Sendiri Rumah Terjejas

BACA: Keliru Ikut Aplikasi Navigasi, Kereta Terjunam Dari Jejambat Belum Siap