Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pusat Darah Negara Dedah Darah Derma Boleh Jadi Ubat Titis Mata

Iqbal Yasir
darah ubat titis mata
Gambar: Pusat Darah Negara / AI

Pusat Darah Negara Dedah Darah Derma Boleh Jadi Ubat Titis Mata

Umum mengetahui, proses derma darah dapat merawat dan menyelamat nyawa pesakit.

Menurut Pusat Darah Negara, darah yang didermakan mampu merawat pesakit yang mengalami pendarahan serius akibat kemalangan, pembedahan major, komplikasi semasa bersalin atau transplan organ dan banyak lagi.

Tapi pernah tak anda dengar darah yang didermakan juga mampu dijadikan sebagai ubat titis mata.

Menarik bukan?

Jadi, SK hari ini ingin berkongsikan mengenai topik menarik ini menerusi perkongsian Pusat Darah Negara di bawah.

Air Mata Darah

Ya, pelik tapi benar. Tahukah anda, darah yang anda dermakan boleh digunakan sebagai ubat titis mata?

Produk darah ini diberi nama titisan mata plasma (Plasma Eye Drop).

Ya, plasma yang anda dermakan daripada pendermaan darah utuh (whole blood) akan dijadikan ubat titis mata berdasarkan saranan dan penilaian pakar mata (Ophthalmologist) untuk merawat pesakit yang mengalami masalah mata seperti kecederaan serius pada mata.

Plasma boleh diperolehi daripada plasma autologus (daripada pesakit sendiri) atau alogenik (daripada penderma darah lain) mengikut kesesuaian pesakit.

Selepas darah didermakan, komponen plasma yang telah diasingkan daripada sel darah merah akan diisi ke dalam tiub Tygon (Tygon tube). Tiub Tygon ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen dan dibekukan di bawah suhu -25 darjah Celsius.

Jangka hayat Plasma Eye Drop ini adalah 3 bulan jika disimpan di ruang sejuk beku (freezer) di rumah pada suhu -18 darjah Celsius sehingga -25 darjah Celsius.

Plasma Eye Drop tersebut perlu dicairkan (thaw) sebelum digunakan oleh pesakit. Tempoh penggunaan plasma eye drop ini akan ditentukan oleh pakar mata.

Semoga bermanfaat.

Gambar: Pusat Darah Negara

Sumber: Pusat Darah Negara

BACA: Saintis Temui Jenis Darah Baharu

BACA: Derma 356 Kali Sejak 1988, Lelaki Dirai Derma Darah Buat Kali Terakhir Di Usia 70 Tahun