Utama

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

“Rahsia” Ronaldo Kekal ‘Fit’ Meski Usia Cecah 40 Tahun
Cristiano Ronaldo — nama yang tak pernah pudar dalam dunia bola sepak.
Bukan sekadar bintang sukan, dia adalah ikon global yang sentiasa mencuri perhatian dengan prestasi luar biasa di atas padang.
Dari zaman kegemilangannya bersama Manchester United, Real Madrid, Juventus, hingga kini di Al-Nassr, Ronaldo terus membuktikan dia masih ‘raja’ di gelanggang.
Walaupun kini mencecah usia 40 tahun, kelincahan dan prestasinya tetap memukau, seolah-olah usia hanyalah angka.
Selain koleksi trofi dan anugerah yang menggunung, dedikasi serta disiplin tingginya terhadap karier bola sepak benar-benar luar biasa.
Ketika kebanyakan pemain bola sepak mula merosot prestasinya selepas usia 30 tahun, Ronaldo sebaliknya kekal lincah.
Ketajaman, kepantasan serta kebolehannya membaca permainan menjadikan Ronaldo seolah-olah tidak terkesan oleh faktor usia.
Rahsianya sudah pasti bukan sekadar faktor genetik mahupun latihan keras, tetapi juga daripada pemakanan yang sangat terancang.
Ronaldo memang terkenal dengan disiplin luar biasa dalam menjaga kecergasannya, begitu juga dalam soal pemakanan.
Bukan sahaja untuk kekal bertenaga, tetapi juga untuk memastikan badannya sentiasa cergas dan sihat.
Berikut adalah rahsia pemakanan yang membantu Ronaldo terus kekal hebat:
Protein tanpa lemak: Ayam, ikan (terutama ikan kod, ikan siakap dan ikan todak) serta telur.
Karbohidrat kompleks: Beras perang, quinoa dan pasta gandum.
Lemak sihat: Avokado, kekacang dan minyak zaitun.
Buah-buahan dan sayur-sayuran: Sumber vitamin dan mineral yang penting.
Tidak ketinggalan, air adalah minuman utama bagi Ronaldo untuk kekal hidrat, selain tegas menolak minuman bergula.
Bahkan, Ronaldo pernah mencetuskan kontroversi apabila menyingkirkan botol Coca-Cola semasa sidang media Euro 2020 dengan pesanan ringkas, “Minum air”.
Walaupun dikenali dengan diet super sihatnya, Ronaldo tetap mempunyai satu hidangan tradisional Portugis yang sentiasa menjadi kegemarannya — Bacalhau a Bras.
Hidangan ini terdiri daripada ikan kod masin, bawang, kentang dan telur.
“Bacalhau a Bras mengingatkan saya kepada kampung halaman dan zaman kanak-kanak saya. Ia memberi saya kekuatan,” kata Ronaldo dalam satu temu bual.
Walaupun bukan makanan yang dianggap ‘fitness-friendly’, hidangan ini kaya dengan protein dan lemak sihat, sesuai dengan prinsip pemakanan sihat yang diamalkan oleh Ronaldo.
Selain itu, Ronaldo juga menganggap ayam sebagai “makanan ajaib”, kerana kandungan protein yang tinggi dan lemak yang rendah, menjadikannya pilihan utama dalam menu dietnya.
Berbeza dengan kebanyakan atlet yang kadangkala terleka dengan makanan tidak sihat, Ronaldo hampir tidak pernah menyimpang daripada pelan diet ketatnya.
Bagi Ronaldo, hidangan ‘mewah’ yang disukainya ialah stik panggang atau ikan segar bersama sayur-sayuran.
Bekas rakan sepasukannya di Juventus, Medhi Benatia, pernah mendedahkan bahawa Ronaldo langsung tidak ‘teruja’ melihat pencuci mulut.
Bahkan usai memperoleh kemenangan dalam perlawanan, Ronaldo tetap meraikannya dengan hidangan ayam tanpa sos atau lemak.
Sementara itu, Patrice Evra, rakan sepasukan Ronaldo di Manchester United, juga pernah berkongsi pengalaman mengunjungi rumah Ronaldo untuk makan tengah hari.
“Saya sangkakan akan ada hidangan mewah, tapi yang ada hanya salad, dada ayam dan air kosong. Lepas makan, dia ajak saya main ping pong dan berenang,” kata Evra.
Ronaldo menunjukkan bahawa disiplin tinggi dalam pemakanan dan gaya hidup sihat adalah kunci untuk mencapai kejayaan jangka panjang dalam dunia sukan.
Di usia 40 tahun hari ini, dia terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda, membuktikan bahawa usia hanyalah angka apabila tubuh dan minda dijaga dengan baik.
BACA: Neymar Tinggalkan Al-Hilal, Kembali Ke Brazil
BACA: “Saya pemain bola sepak paling lengkap dalam sejarah” – Ronaldo
BACA: Bintang JDT Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Ronaldo
Sumber: Mirror