Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramah Layan Peminat, Ramai Puji Sikap "Humble" Mark Wahlberg

Mark Wahlberg
Kredit: @itsaafiq

Ramah Layan Peminat, Ramai Puji Sikap "Humble" Mark Wahlberg

Siapa yang tak teruja bila berjumpa selebriti terkenal terutama dari Hollywood.

Baru-baru ini, orang ramai di sekitar Pulau Pinang meluahkan keterujaan apabila dapat bersua muka dengan pelakon Hollywood, Mark Wahlberg.

Pelakon popular itu berada di Pulau Pinang bagi menjalani penggambaran filem terbaharu terbitan Netflix berjudul The Big Fix.

Selain momen-momen ketika penggambaran itu yang tular, orang ramai juga tidak melepaskan peluang berkongsi detik-detik ketika bergambar dengan pelakon berusia 55 tahun itu.

Layan peminat pun sempoi

Malah, ketika berangkat pulang, Mark dipuji kerana tidak kekok untuk beramah mesra dengan peminat.

Seorang pengguna Threads, @Shahirshahimi berkongsi video dan gambar yang memaparkannya bersama Mark.

Selain itu, perkongsian oleh @itsaafiq pula memaparkan Mark memberi salam.

"Mark Wahlberg kata Assalamualaikum, nice to see you, nak gerak balik dah," kata pengguna Threads itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sifat mesra dan tidak sombong pelakon itu.

"Dia sembang pun macam dalam movie dah"

"Sempoi sungguh beliau"

"Humble betul dia, layan peminat pun sempoi"

"Nampak dia tak menyombong kan.. tak macam sesetengah actor/ actress lain.. kadang tu menyombong"

"Uishhhh ramah habis. Patut la sampai sekarang masih famous"

Untuk pengetahuan, antara lokasi yang terlibat ketika penggambaran di Pulau Pinang ialah Lorong Kulit, Stadium Bandaraya, Stadium Batu Kawan, Padang Macallum serta beberapa lokasi lain di sekitar negeri itu.

The Big Fix mengisahkan seorang pegawai Interpol yang mempunyai kaitan dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sebelum membongkar sindiket mengatur perlawanan di peringkat global.

Produksi utama filem itu dijalankan di Sydney, Australia, manakala beberapa babak tambahan dirakam di beberapa negara termasuk Malaysia.