Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Ibubapa Di Jerman Namakan Anak Sebagai Mohammed Dan Muncul Sebagai Antara Nama Paling Popular Di Sana

Kredit: Pregnancy Magazine

Agama Islam ketika ini sedang membangun dengan pesat di beberapa negara di Eropah, antaranya ialah Jerman. Malah, nama Mohammed juga adalah merupakan nama paling popular bagi bayi lelaki di Berlin, salah sebuah bandar utama di sana.

Bukan itu sahaja, ia juga menduduki tangga 10 nama paling popular di lima lagi negeri lain iaitu di Bremen, Hamburg, North Rhine-Westphalia, Saarland dan Hesse.

Menurut laporan daripada akhbar Jerman, Bild, selepas Mohammed, nama kedua dan ketiga yang menjadi pilihan ibu bapa di sana ialah Louis dan Emil.

Menurut Pengarah Urusan Persatuan Bahasa Jerman(GfdS), Andrea-Eva Ewels, sebanyak 22,177 bayi lelaki dilahirkan di Berlin sepanjang 2018 dan 280 daripadanya dinamakan sempena nama Mohammed, dengan variasi ejaan yang berbeza, lebih banyak berbanding Louis (244 orang) dan Emil (234 orang).

Sebelum ini, nama Mohammed juga telah diiktiraf sebagai nama paling popular bagi bayi lelaki di beberapa buah negeri di England dan Wales bagi tempoh enam tahun berturut-turut.

Mohammed atau Mohammad adalah nama dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘Yang Terpuji’ dan bagi umat Islam pula, ia adalah nama yang sangat istimewa yang juga merupakan nama Nabi junjungan Muhammad SAW.

Sumber: Breitbart