Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai 'Pelajar' Kata Silibus KA Tahun Ni Terlalu Laju

Sofea
silibus ka
Kredit: khairulaming

Ramai 'Pelajar' Kata Silibus KA Tahun Ni Terlalu Laju

Setiap tahun apabila tibanya musim Ramadan, ramai yang menantikan resipi dari usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming atau KA. Memasuki tahun kesembilan, pelbagai jenis hidangan telah dikongsikan oleh KA, dari menu berbuka puasa, moreh hingga ke sahur.

Tentunya, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mencuba kesemua resipi tersebut.

'Sesi pembelajaran' ini menyaksikan pelbagai momen yang lucu, unik dan aneh setiap tahun. Ada yang gagal dan terpaksa repeat paper, ada yang dicop budak kelas belakang dan ada juga 'pelajar' yang cemerlang dengan jayanya.

Namun kali ini nampaknya ramai yang 'merungut' kerana silibus pembelajaran KA dilihat terlalu laju.

Baru hari kedua Ramadan, KA telah berkongsi tiga jenis resipi setiap hari yang menarik dan mudah untuk disediakan. Pun begitu, 'para pelajar' merasa seperti terkejar-kejar kerana resipi pada hari pertama belum sempat dicuba lagi.

Kredit: Khairul Aming

Sampaikan ada yang takut jika dimasukkan ke dalam kelas 'pemulihan'.

Kredit: Zunita Ramli

Menekan-nekan silibus tahun ini

Kredit: syzwnaxr_

Kena tunggu kat pasar raya sampai petang

Kredit: x.vegaa_

Takdan prepare dessert, dah masuk chapter baharu

Kredit: puan_norm

Banyaknya homework

Kredit: athina.zulkifli

Repeat paper beramai-ramai

Kredit: dill_nazri

Setakat hari kedua, KA telah berkongsi resipi ayam sos plum, sardin tumis bersantan dan nasi goreng cili kering, lima menu air berbuka, puding karamel, ayam pop, cantonese yee mee, peach cobbler dan roti mantou.