Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ramai Tak Sabar, Netizen Teka Ini Yang Bakal Diumum PM Esok

Sofea
diumum pm
Kredit: Bernama

Ramai Tak Sabar, Netizen Teka Ini Yang Bakal Diumum PM Esok

Selepas beberapa hari menjadi tanda-tanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman istimewa kepada rakyat Malaysia pada pagi Rabu.

Sebelum ini, orang ramai tertunggu-tunggu mengenai pengumuman itu selepas pihak kerajaan memaklumkan akan memberitahu sesuatu yang istimewa pada minggu lalu.

Tiada sebarang butiran lanjut diberikan tentang pengumuman tersebut dan sudah tentu warganet kini berteka-teki mengenainya.

BACA: PM Anwar Dijadual Umum Penghargaan Buat Rakyat Malaysia Esok

Di media sosial, ramai yang sudah mula meneka tentang apa yang akan diumumkan oleh Anwar.

Menerusi komen di laman Facebook SK, ada beberapa warganet yang meneka pengumuman tersebut adalah mengenai KWSP.

Pengeluaran khas KWSP

Selain itu, beberapa warganet yang lain menjangkakan Anwar akan mengumumkan mengenai bonus dan kenaikan gaji.

Bonus dan gaji

Tidak kurang juga ramai yang meneka mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Pemberian STR

Dalam pada itu, Anwar dalam satu hantaran di media sosial berkata pengumuman itu merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat yang sentiasa teguh bersama kerajaan dalam setiap langkah reformasi.

“Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” katanya.

Anwar dijadualkan memuat pengumuman terbabit pada jam 10.30 pagi esok dan akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran media utama. Ia termasuk di RTM, Media Prima, Astro Awani, Bernama TV, TVS, TV AlHijrah serta platform media sosial seperti Facebook Live.

Sumber: Siakap Keli, Bernama