Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
fakta menarik sukan paralimpik
Gambar: AFP

Ramai Tak Tahu, Ini 5 Fakta Menarik Sukan Paralimpik

Hannah

Ramai Tak Tahu, Ini 5 Fakta Menarik Sukan Paralimpik

Sukan Paralimpik merupakan temasya sukan tertinggi di dunia melibatkan bintang atlet kelainan upaya.

Berlangsung setiap empat tahun sekali, penganjurannya diadakan pada tahun yang sama dengan penganjuran Sukan Olimpik.

Kontinjen Malaysia mula menyertai Sukan Paralimpik sejak penglibatan pertama di Seoul, Korea Selatan, pada tahun 1984.

Pencapaian atlet negara kita dalam temasya sukan tersebut tidak pernah mengecewakan.

Kali terakhir, menerusi Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat emas serta dua pingat perak.

Ini sekali gus menjadikannya sebagai pencapaian cemerlang Malaysia dalam sejarah penyertaan negara di Sukan Paralimpik.

Tahun ini pula, temasya sukan berprestij tersebut bakal berlangsung di Paris, Perancis, bermula 28 Ogos hingga 8 September.

Difahamkan, kira-kira 4,400 atlet dari 184 negara, termasuk 30 kontinjen Malaysia, akan bersaing hebat dalam 22 sukan yang dipertandingkan.

Justeru, SK hari ini akan kongsikan lima fakta menarik tentang Sukan Paralimpik yang mungkin ramai tidak tahu.

Bola dalam Bola Sepak Buta (Blind Football) dan Goalball diisi dengan loceng

Dalam acara Sukan Paralimpik tahun ini, Bola Sepak Buta dan Goalball antara sukan yang menarik perhatian.

Setiap pasukan dalam Bola Sepak Buta terdiri daripada lima pemain, iaitu empat pemain dengan seorang penjaga gol.

Untuk bersaing, empat pemain tersebut mesti hampir atau sepenuhnya buta, sementara penjaga gol boleh memiliki penglihatan separa atau sepenuhnya.

Empat pemain yang beraksi akan memakai penutup muka dan boleh menggunakan ‘pemandu’ di luar padang untuk memberi arahan.

Gambar: Olympics

Manakala bagi perlawanan Goalball, sukan ini direka khusus buat individu dengan masalah penglihatan.

Pemain mesti melemparkan bola dengan gerakan seperti boling ke dalam jaring lawan, sementara pasukan lawan perlu menghalang bola tersebut dengan badan mereka.

Bola Goalball adalah seberat 1.25 kilogram, sedikit lebih ringan daripada bola boling.

Gambar: AFP

Dalam kedua-dua sukan ini, bola diisi dengan loceng untuk membantu pemain mengesan lokasinya.

Penonton pula diminta untuk berdiam diri sepanjang perlawanan kecuali ketika gol dijaringkan, barulah mereka boleh bersorak.

Kerusi Roda dalam Lawan Pedang Kerusi Roda (Fencing Wheelchair) dipasak ke lantai

Dalam Lawan Pedang Kerusi Roda menerusi Sukan Paralimpik, pemain hanya boleh menggunakan tubuh bahagian atas dan harus bermain di atas kerusi roda yang dipasak ke lantai.

Gambar: AFP

Berlangsung selama tiga minit, pemain akan memegang senjata (pedang) di satu tangan, sementara tangan yang lain memegang kerusi roda ketika perlawanan.

Pemain mesti kekal duduk dengan kaki di pedal sepanjang masa, dan pemain pertama yang mengumpul 15 mata akan menang.

Untuk info, sukan ini diperkenalkan sejak penganjuran Sukan Paralimpik pertama di Rom, Itali pada tahun 1960.

Goalball dan Boccia dalam Sukan Paralimpik tidak mempunyai setara dalam Sukan Olimpik

Setiap acara dalam Sukan Paralimpik diubah suai untuk membolehkan atlet kurang upaya bersaing dalam acara sukan.

Namun begitu, masih terdapat banyak sukan yang sebenarnya dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik juga dimainkan di Sukan Olimpik seperti bola sepak.

Bagaimanapun, setakat ini, acara Goalball dan Boccia hanya dimainkan dalam Sukan Paralimpik dan tidak mempunyai setara atau tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.

Untuk info, sukan Boccia dimainkan dengan pemain melemparkan bola kulit sedekat mungkin dengan bola jack, iaitu bola kecil yang mewakili sasaran.

Gambar: AFP

Sukan ini direka khas untuk pemain yang mengalami cerebral palsy.

Saiz gelanggang dan ketinggian bakul (basket) bagi Bola Keranjang Kerusi Roda (Wheelchair Basketball) dalam Sukan Paralimpik sama dengan versi Sukan Olimpik

Saiz gelanggang dan ketinggian bakul bagi Bola Keranjang Kerusi Roda menerusi Sukan Paralimpik adalah sama dengan versi perlawanan bagi atlet yang beraksi dalam Sukan Olimpik.

Bukan itu sahaja, bilangan pemain bagi acara sukan ini juga sama (lima pemain), selain tempoh masa perlawanan yang sama (empat suku masa, masing-masing 10 minit).

Gambar: AFP

Bagaimanapun, perbezaan utama adalah pemain Sukan Paralimpik mesti kekal duduk di atas kerusi roda sepanjang permainan.

Pemain boleh dikenakan kesalahan jika terkena kerusi roda pihak lawan, kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada tubuh pemain.

Atlet tanpa lengan boleh memanah dengan kaki

Bagi melayakkan diri untuk menyertai Sukan Paralimpik, atlet mesti mempunyai salah satu daripada 10 kecacatan yang layak.

Setiap acara sukan menyenaraikan kecacatan yang membolehkan pemain untuk bersaing.

Dalam sukan Memanah, atlet yang mengalami paraplegia atau quadriplegia, kehilangan atau ketiadaan anggota badan, serta cerebral palsy dibenarkan untuk bermain.

Gambar: AFP

Pemain yang kehilangan lengan atau tangan boleh memanah menggunakan kaki mereka.

BACA: Olimpik LA 2028: Ini 5 Sukan Baru Yang Akan Dipertandingkan

BACA: Nilai Pingat Olimpik Paris Didedahkan, Beza Emas & Gangsa Bagai Langit Dengan Bumi

BACA: Ingatkan Apa, Rupanya Ini “Isi” Kotak Emas Misteri Diterima Pemenang Pingat Olimpik

Sumber: CBC