Siakap Keli
Nilai Sebenar Pingat Olimpik Paris
Kredit: AFP

Nilai Pingat Olimpik Paris Didedahkan, Beza Emas & Gangsa Bagai Langit Dengan Bumi

Nilai Pingat Olimpik Paris Didedahkan, Beza Emas & Gangsa Bagai Langit Dengan Bumi

Memenangi pingat di Sukan Olimpik pastinya menjadi impian tertinggi mana-mana atlet profesional.

Kejayaan berkenaan akan menjadi detik paling membanggakan dan boleh dianggap sebagai lambang kesempurnaan karier masing-masing.

Manakan tidak, selepas berlatih selama empat tahun dan bertanding menentang atlet terbaik yang lain dari seluruh dunia, hanya tiga pemenang sahaja layak menaiki podium dan dikalungkan pingat.

Tidak kisahlah emas, perak atau gangsa, ia sudah cukup membuktikan keupayaan masing-masing bersaing di pentas tertinggi.

Nilai pingat, tidak kira apa warnanya, adalah tidak ternilai pada diri seorang atlet.

Walau bagaimanapun, pernah tak anda terfikir, sebenarnya berapa kos bahan yang digunakan untuk menghasilkan sebutir pingat Sukan Olimpik Paris?

Nilai sebenar pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 didedahkan

Menurut portal Forbes, harga sebutir pingat emas untuk Sukan Olimpik Paris dianggarkan adalah sekitar $950 (RM 4,240).

Pada harga berkenaan, pingat emas Olimpik edisi kali ini mungkin menjadi yang paling mahal dalam sejarah penganjuran temasya sukan moden.

Harga pingat emas itu juga sebenarnya mengatasi harga pingat emas Sukan Olimpik London 2012 yang berharga $708.

Menurut Forbes lagi, pingat emas Olimpik Paris yang mempunyai berat kira-kira 529 gram sebenarnya bukanlah emas sepenuhnya.

Bahan utama untuk menghasilkan pingat emas tersebut adalah perak iaitu kira-kira 95.4 peratus. Manakala kandungan emasnya pula hanyalah sekitar enam gram yang bertindak sebagai saduran.

Pingat tersebut turut mengandungi kira-kira 18 gram besi.

Dengan berat 529 gram, pingat emas berkenaan mungkin bernilai kira-kira $41,161.50 sekiranya diperbuat daripada emas sepenuhnya.

Harga pingat perak dan pingat gangsa jauh lebih rendah

Bagi pingat perak pula, pingat tersebut mempunyai berat kira-kira 525 gram dan bernilai kira-kira $486 (RM2,169).

Pingat perak tersebut mengandungi kira-kira 507 gram perak dan bakinya adalah besi.

Harga pingat gangsa bagaimanapun jauh lebih murah iaitu kira-kira $13 (RM58). Dengan berat kira-kira 455 gram, pingat gangsa mengandungi kira-kira 415 gram tembaga, 21 gram zink dan 18 gram besi.

Menariknya, semua sumber besi yang digunakan untuk menghasilkan pingat ini diambil daripada satu bahagian Menara Eifel .

Bahagian besi berkenaan dikeluarkan sebelum ini untuk tujuan memasang sistem elevator yang lebih moden pada menara tersebut.

BACA: Minta Identiti Dirahsiakan, Individu Baik Hati Beli & Sedekah Hot Wheels Kepada Kanak-Kanak

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

Sumber: Forbes

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.