Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Rare," Bukan Selalu Dapat Tengok, Aksi Gajah Lintas Sungai Di Kinabatangan Curi Tumpuan Ramai

sungai kinabatangan
Kredit: Sukau Rainforest Lodge

Sabah sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara. Dengan hutan hijau yang luas, sungai mengalir tenang dan pelbagai haiwan liar hidup bebas, suasana di sini memberikan pengalaman menarik buat sesiapa sahaja yang berpeluang menyaksikannya sendiri.

Antara tempat yang menarik perhatian ialah sungai di Kinabatangan, yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis haiwan.

Dalam pada itu, melihat haiwan seperti gajah melintasi sungai pastinya menjadi satu pemandangan istimewa yang membuatkan kita lebih menghargai keindahan alam semula jadi.

Gajah lintas Sungai Kinabatangan

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh Sukau Rainforest Lodge di Facebook, kelihatan beberapa ekor gajah meredah sungai di Kinabatangan yang menarik perhatian ramai.

Gelagat haiwan berkenaan ketika melintasi sungai itu memperlihatkan keunikan hidupan liar yang masih dapat disaksikan di habitat semula jadi mereka.

Pemandangan sebegini pastinya menjadi pengalaman istimewa, khususnya buat pencinta alam yang berpeluang melihat sendiri kehidupan gajah di persekitaran habitat mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat aksi kumpulan gajah itu.

“Saya sendiri orang Sandakan baru nampak banyak gajah,” kata seorang netizen.

“Sangat menyeronokkan bukan senang nak dapat scene macam ni,” kata seorang lagi.

Kinabatangan sememangnya terkenal sebagai antara lokasi tumpuan pemerhatian hidupan liar di Sabah, dengan kawasan hutan dan sungainya menjadi habitat kepada pelbagai jenis spesies haiwan.

Khazanah alam semula jadi Sabah

Rizab biosfera Kinabatangan meliputi kawasan seluas 413,866 hektar dan merupakan khazanah semula jadi yang kaya dengan biodiversiti unik serta warisan budaya tidak ternilai.

Meliputi jarak sejauh 560 kilometer (km) di sepanjang Sungai Kinabatangan, kawasan berkenaan menjadi habitat penting bagi 315 spesies burung, 100 spesies reptilia, 33 spesies amfibia, 127 spesies mamalia dan lebih 1,000 spesies tumbuhan vaskular.

Menurut Bernama, kawasan Kinabatangan juga merupakan habitat bagi beberapa spesies endemik, yang jarang dijumpai dan terancam seperti Orang Utan, gajah Borneo, monyet probosis, beruang matahari, harimau dahan serta lapan spesies burung enggang asli Sabah.

Keindahan alam liar yang wajar dipelihara

Walaupun aksi gajah melintas sungai kelihatan menakjubkan, kejadian seperti ini turut mengingatkan kita tentang kepentingan menjaga habitat semula jadi haiwan liar.

Pemeliharaan hutan, sungai dan hidupan liar amat penting bagi memastikan haiwan seperti gajah Borneo terus mempunyai ruang untuk bergerak dan mencari sumber makanan mereka.

Pada masa yang sama, orang ramai yang berpeluang menyaksikan hidupan liar ini disarankan supaya sentiasa menjaga jarak selamat dan tidak mengganggu pergerakan haiwan berkenaan.

Intipati
  • Video Sukau Rainforest Lodge memaparkan beberapa gajah meredah Sungai Kinabatangan di Sabah.
  • Kinabatangan menjadi habitat penting kepada ratusan spesies burung, reptilia, mamalia dan tumbuhan.
  • Orang ramai disaran menjaga jarak selamat dan tidak mengganggu pergerakan hidupan liar.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan