Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rasa Kebas Atau Lemah Sebelah Badan, Hati-Hati Mungkin Anda Berisiko Diserang Strok

Edayu
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bagi sesetengah orang, rasa kebas di sebelah badan mungkin menganggapnya tiada apa-apa. Cuma urut dan picit sekejap terus lega. Tetapi jika anda adalah orang yang kerap rasa sebegini, ia mungkin akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda.

Tidak dinafikan, kadangkala ramai diantara kita yang merasakan bahawa sakit ini adalah sesuatu yang normal. Namun, ianya dititikberatkan supaya langkah berjaga-jaga boleh diambil sekiranya berlaku sesuatu ke atas diri kita.

Seperti perkongsian daripada seorang pengamal perubatan, Wan Zahid berkongsi tanda-tanda awal seseorang itu akan mengalami strok. Jom kita ikuti perkongsian ini agar memberi manfaat dan sebagai langkah awl untuk orang ramai mencegah.

“Tiba-tiba rasa kebas sebelah badan? Alamak! Rupa-rupanya tanda-tanda strok…”

Sekiranya anda mengesyaki diri anda atau orang terdekat yang mempunyai tanda-tanda awal strok seperti berikut, adalah penting untuk segera pergi ke hospital dan dapatkan nasihat doktor.

Rawatan awal strok boleh mengurangkan kesan jangka panjang strok dan boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan strok.

Tanda-tanda awal ini jelas kelihatan sebelum berlakunya serangan strok.

Gambar Sekadar Hiasan

Antara tanda awal strok adalah:

1. Rasa Kebas atau Lemah Pada Sebelah Anggota Badan 2. Penglihatan Kabur 3. Sukar Berjalan atau Hilang Keseimbangan

Mungkin anda sedang alami keadaan ini. Jadi, pemeriksaan awal adalah penting bagi memastikan keadaan tidak berlaku lebih serius lagi.

Sumber: Wan Zahid