Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

redBus & Tourism Terengganu Lancarkan Inisiatif Pelancongan Digital Peringkat Negeri

REDBUS

redBus & Tourism Terengganu Lancarkan Inisiatif Pelancongan Digital Peringkat Negeri

redBus, sebuah platform tempahan tiket bas dalam talian terkemuka, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) untuk melancarkan Inisiatif Pendigitalan Pelancongan Terengganu, satu kerjasama penting yang bertujuan mengubah ekosistem pelancongan negeri menerusi teknologi digital.

Inisiatif ini akan membawa tarikan pelancongan, pengusaha pelancongan, penyedia aktiviti, perniagaan pelancongan berasaskan komuniti, dan PKS tempatan Terengganu ke dalam platformThings to DoredBus. Ini membolehkan mereka mempromosikan dan menjual pengalaman yang ditawarkan kepada jutaan pelancong domestik dan antarabangsa menerusi satu platform dalam talian. 

Berpandukan visi bersama “Membawa Pelancongan Terengganu ke Platform Digital Global Bersama redBus”, perniagaan yang menyertai inisiatif ini akan menerima penyertaan digital secara 100% percuma, termasuk penyenaraian produk, sistem e-tiket, pengurusan inventori serta sokongan teknikal. Inisiatif ini memudahkan mereka menjangkau pelancong masa kini yang celik digital, memperluas capaian pasaran tanpa kos permulaan, sekali gus membantu pengusaha pelancongan tempatan mengurangkan kebergantungan kepada tempahan luar talian dan mengatasi keterbatasan capaian digital. 

Kerjasama ini seiring dengan momentum positif pertumbuhan sektor pelancongan Terengganu, yang mencatatkan 2.45 juta ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa pada suku pertama 2026. Dengan mendigitalkan pengusaha tempatan secara pantas, inisiatif ini memastikan mereka bersedia sepenuhnya untuk memenuhi permintaan pengunjung yang semakin meningkat ini.

YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Terengganu, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, berkata, “Seiring kita mempergiat usaha menjayakan Visit Malaysia 2026 dan membina momentum ke arah Visit Terengganu 2027, pengukuhan ekosistem pelancongan kita bukan sahaja menarik pengunjung, ia adalah tentang memastikan perniagaan tempatan kita bersedia untuk mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan pelancongan."

"Dengan jutaan pelawat yang telah memilih Terengganu sebagai destinasi pilihan, adalah penting untuk memastikan pengusaha pelancongan kita dilengkapi dengan keupayaan digital bagi merebut peluang yang tersedia. Kerjasama bersama redBus ini akan membantu merapatkan jurang digital dengan memudahkan pengusaha pelancongan, PKS dan perusahaan berasaskan komuniti mempamerkan tawaran mereka kepada khalayak yang lebih luas, di samping mewujudkan pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada pelawat yang meneroka Terengganu.”

Inisiatif ini berlandaskan empat objektif utama: meluaskan capaian pasaran tawaran pelancongan Terengganu, memudahkan akses kepada pengalaman tempatan melalui tempahan dalam talian yang lancar, memperkasa perniagaan pelancongan tempatan dengan keupayaan berteraskan teknologi, dan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk negeri ini.

Tourism Terengganu dan redBus akan bekerjasama dalam mengenal pasti serta mendigitalkan pengusaha pelancongan di seluruh negeri, sebelum memperkenalkan kempen pemasaran destinasi bersepadu dan peluang jualan silang melalui platform digital. Dengan memanfaatkan capaian komuniti global redBus, perniagaan yang menyertai inisiatif ini akan memperoleh capaian yang lebih luas, sokongan pemasaran serta analisis prestasi untuk membantu mereka mengembangkan kehadiran digital dan meningkatkan daya saing dalam industri pelancongan.

Berucap di majlis tersebut, Krishnan Ramaswami, Ketua Pegawai Perniagaan redBus, berkata, “Pendigitalan menjadi semakin penting dalam membentuk cara pelancong meneroka, merancang, dan menempah perjalanan mereka. Menerusi kerjasama ini, redBus memperluaskan kemudahan tersebut melangkaui perkhidmatan pengangkutan dengan membantu perniagaan pelancongan Terengganu diakses secara digital oleh jutaan pelancong dari dalam dan luar Malaysia sedia ada menggunakan platform kami. Bersama Tourism Terengganu, kami mewujudkan peluang ekonomi baharu bagi pengusaha tempatan sambil memudahkan pengunjung untuk merasai semua yang ditawarkan oleh negeri ini.”

Dengan memperkukuh akses digital dan memperluas usaha promosi destinasi, kerjasama ini dijangka membantu meningkatkan kedudukan daya saing pelancongan Terengganu, merangsang perbelanjaan pelancong dalam kalangan komuniti tempatan, serta mewujudkan ekosistem pelancongan yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan.

Intipati
  • redBus dan Tourism Terengganu melancarkan inisiatif pendigitalan pelancongan peringkat negeri.
  • Pengusaha tempatan akan mendapat penyenaraian, e-tiket, pengurusan inventori dan sokongan teknikal percuma.
  • Kerjasama itu menyasar capaian pasaran lebih luas melalui platform Things to Do redBus.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan