Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remaja 13 Tahun Antara Ditahan, Suspek Umpan Vape & Rogol Pelajar

Nurhanis
umpan vape rogol pelajar
Kredit: BERNAMA

Remaja 13 Tahun Antara Ditahan, Suspek Umpan Vape & Rogol Pelajar

Remaja 13 tahun antara lima suspek ditahan polis pada 27 April selepas didakwa mengumpan dan merogol tiga pelajar bawah umur di sebuah rumah tumpangan di Kampung Air, Kota Kinabalu pada Rabu lalu.

Menurut Awani, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata suspek bertindak mengumpan menggunakan vape sehingga mangsa tidak sedarkan diri selepas menghisapnya.

Katanya, suspek merogol ketiga-tiga mangsa yang masing-masing berusia 13 tahun sebelum melarikan diri meninggalkan mereka dalam keadaan tidak berpakaian.

“Dalam kejadian itu, suspek empat lelaki dan seorang perempuan terbabit menegur ketiga-tiga mangsa ketika berada di sebuah pusat beli belah di bandar raya ini.

“…dan memujuk ketiga-tiga mangsa untuk lepak di rumah tumpangan mereka di Kampung Air.

“Ketika berada di rumah tumpangan berkenaan, semua mangsa diumpan untuk menghisap vape berperisa baharu,” ujar Zaidi.

Beliau berkata demikian setelah ditemui pemberita sewaktu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

BACA: Pengutip Besi Buruk Disyaki Menceroboh, Merogol Di Pusat Kebajikan Orang Tua Ditahan

Buat laporan polis selepas tersedar

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan mangsa-mangsa terbabit membuat laporan polis selepas mengesyaki mereka dirogol.

“Ketika semua mangsa tersedar pada tengah malam, mangsa mendapati mereka dalam keadaan tidak berpakaian, manakala empat lelaki dan seorang perempuan terbabit menghilangkan diri.

“Ketiga-tiga mangsa mengesyaki mereka telah dirogol lalu membuat laporan polis,” tambahnya.

Suspek ditahan pada keesokan hari

Susulan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu memulakan siasatan selepas mendapat maklumat dan berjaya mengesan kedudukan suspek tersebut.

Mereka kemudiannya berjaya ditangkap dan difahamkan kesemua suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan satu perempuan berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.

Kelima-lima suspek ditahan di sekitar Kota Kinabalu dan Taman Telipok Ria, Tuaran dan direman sehingga 5 Mei untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

“Orang awam terutamanya golongan remaja wanita agar tidak mudah terpengaruh dengan lelaki yang baru dikenali ataupun menerima ajakan menghisap vape bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan,” ujar Zahid.

Sumber: Awani