Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Budak 13 Tahun Cipta Kejutan Tewaskan Magnus Carlsen Dalam 41 Saat
Grandmaster (GM) catur termuda di dunia, Yagiz Kaan Erdogmus berjaya mengalahkan seorang lagi GM, Magnus Carlsen dalam satu perlawanan baru-baru ini.
Kejayaan menewaskan Carlsen, yang dianggap sebagai pemain catur terhebat sepanjang zaman itu lebih manis kerana Erdogmus baru sahaja berusia 13 tahun.
Menurut TRT World, Erdogmus mencipta kejutan tersebut menerusi kejohanan dalam talian blitz pada Isnin lepas.
Digelar grandmaster termuda di dunia, budak 13 tahun tewaskan Magnus Carlsen
Dalam format kejohanan dimana setiap pemain hanya diberi masa selama seminit, Erdogmus merekodkan checkmate ke atas Calrsen dalam masa 41.2 saat sahaja.
Dalam pada itu, TRT World juga melaporkan Erdogmus bakal mewakili Türkiye di Olimpik Catur pada September ini selaku sebagai pemain termuda dalam pasukan kebangsaan.
Erdogmus mula bermain catur sejak tadika lagi dan merangkul kejayaan besar pertamanya di Kejohanan Kumpulan Umur Eropah 2019 pada usia hanya lapan tahun.
Kemudian pada 2022, Erdogmus menyandang gelaran International Master (IM) termuda di dunia pada usia 11 tahun.
Remaja itu sekali lagi mencipta sejarah apabila memperoleh gelaran GM pada umur 12 tahun 9 bulan, sekaligus menjadi pemain catur keempat termuda di dunia yang mendapat gelaran berkenaan.
Kini, Erdogmus disenaraikan sebagai GM termuda dalam senarai Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE), menjadikan dia antara pemain termuda mendapat gelaran itu dalam sejarah sukan catur.
BACA: Wanita Australia Teruja Buat Sandwich Avocado Petai, Sedap & Penuh Perisa
BACA: Acara Larian Paling Gempak, Toyota “Start Your Impossible Outrun” Tarik 6,000 Peserta, Kumpul RM200k Dana Pesakit Kanser
BACA: KDN Bersedia Keluarkan Pasport Untuk Tempoh Sah Laku 10 Tahun
Sumber: TRT World