Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sebut sahaja mochi, sudah tentu ramai yang membayangkan teksturnya yang kenyal dan lembut itu.
Mochi merupakan sejenis pencuci mulut tradisional dari Jepun yang diperbuat daripada beras pulut yang ditumbuk sehingga menghasilkan tekstur yang kenyal, lembut dan sedikit melekit.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mochi semakin viral di media sosial kerana bentuknya yang comel, teksturnya yang unik dan pelbagai variasi rasa moden yang menarik perhatian ramai.
Antara yang paling mendapat perhatian ialah mochi aiskrim, yang menggabungkan kulit mochi yang kenyal dengan inti aiskrim sejuk di dalamnya, menjadikannya kombinasi yang sangat digemari terutama dalam kalangan anak muda.
Selain itu, mochi juga hadir dalam pelbagai perisa seperti strawberi, matcha, coklat dan buah-buahan lain yang membuatkan ia semakin mudah diterima mengikut cita rasa moden.
Oleh itu, hari ini SK akan kongsikan satu resipi mochi iaitu mochi bites yang sering mendapat perhatian kebelakangan ini.
Ikuti perkongsian dari salah seorang pengguna TikTok, @nvrainna di bawah ini.
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
3/4 cawan susu penuh krim
2 sudu besar minyak masak
Pewarna
Mula-mula, campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Selepas itu, anda boleh tutup adunan yang sudah digaul tadi dengan plastik pembungkus pada mangkuk tersebut dan cucuk plastik tersebut dengan lidi.

Seterusnya, anda boleh kukus adunan mochi tadi selama 30 minit ataupun sehingga adunan betul-betul masak.
Langkah seterusnya, selepas siap dikukus, tunggu sehingga ia sedikit suam dan uli sehingga ia berkilat dan elastik. Tujuannya adalah untuk mengelakkan mochi tersebut menjadi liat ataupun keras.

Kemudian, bulatkan adunan tadi kepada saiz yang lebih kecil dan salutkan dengan tepung jagung dan tapiskan juga lebihan tepung yang telah disalut itu.

Ingat, pastikan anda sangai dahulu tepung jagung anda! Akhir sekali, anda boleh nikmati mochi anda dengan pelbagai topping pilihan anda.

Selamat mencuba! Untuk melihat cara penyediaan dengan lebih jelas, anda boleh tonton video di bawah ini.