Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Resipi Pizza "Homemade", Mudah & Lazat
Makanan Barat seperti pasta, burger, pizza dan macam-macam lagi telah menjadi salah satu makanan yang paling digemari oleh semua orang.
Bukan itu sahaja, makanan yang telah diolah mengikut citarasa tersendiri ini menjadikan ia sebagai salah satu hidangan yang dianggap lazat dan mudah untuk didapati.
Awalnya, kita mengetahui cuma beberapa jenis pizza versi klasik seperti Margherita atau Peperonni. Kini, mengikut citarasa masyarakat tempatan, segalanya telah diolah mengikut kesesuaian lidah orang kita.
Dari doh yang lembut dan rangup, hinggalah pelbagai variasi topping, semuanya menggambarkan keunikannya tersendiri.
Sebut sahaja pizza buatan sendiri, sudah pasti anda sudah membayangkan sekeping roti yang ditaburi limpahan keju, sos yang melimpah dan topping yang memenuhi permukaan.
Jadi, apa salahnya jika anda mencuba untuk menyediakan sendiri pizza di rumah.
Selain dari dapat menikmatinya dengan lebih puas, aktiviti ini juga mungkin boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Justeru, jom ikuti resipi pizza homemade dari Shai Anne Ahemed menerusi kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ini.
Ikuti perkongsiannya di bawah.
1/2 cawan air suam
1 sudu besar yis
1 sudu kecil gula
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu pelembut roti (softener/bread improved)
2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
Sos spageti secukupnya
Keju (mozarella dan cheddar)
Bahan topping mengikut citarasa masing-masing (sosej, pepperoni, lada benggala, nenas, bawang, cili, tuna, daging kisar dan sebagainya)
Mula-mula, sediakan bahan untuk doh terlebih dahulu. Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan ia sehingga berbuih (lebih kurang 15 minit).
Di dalam bekas lain pula, gaulkan tepung bersama garam dan pelembut roti.
Masukkan minyak dan air yis tadi. Kemudian, uli sehingga menjadi doh. Anda boleh tambahkan atau kurangkan air mengikut kesesuaian.
Kemudian, sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh tadi lebih kurang 60 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
Selepas itu, bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai doh tadi sehingga leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.

Untuk topping pula, sapukan sos spageti secukupnya, taburkan topping kegemaran anda dan juga keju.

Bakar selama 25 hingga 30 minit dengan api atas dan bawah. Suhu pula 200°c atau sehingga masak.

Pizza homemade anda sedia dinikmati. Selamat mencuba!