Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Resipi Tauhu Daging Kukus
Kredit: Mister John via Facebook

Resipi Tauhu Daging Kukus, Hidangan Mudah & Berkhasiat

Aina Munirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Resipi Tauhu Daging Kukus, Hidangan Mudah & Berkhasiat

Dalam kehidupan yang serba-serbi sibuk ini, masa menjadi salah satu kemewahan yang amat bernilai. Dalam tidak sedar, ramai antara kita yang terlalu sibuk dengan pelajaran, kerja, keluarga dan urusan lain sehingga tak sempat nak fikir soal makan.

Malah, ada yang sanggup mengikat perut ataupun memilih untuk makan di luar kerana menganggap lebih cepat. Namun begitu, ada juga yang memilih untuk makan makanan segera yang sememangnya kita tahu boleh menjejaskan kesihatan.

Sebenarnya, menyediakan makanan yang ringkas dan mudah tidak memerlukan masa yang lama. Kita boleh mengikut kreativiti kita untuk mengolah makanan tersebut menjadi lebih berkhasiat.

Bukan itu sahaja, di zaman yang serba moden ini, kita boleh sahaja mencari resipi-resipi mudah di internet dan cuba menyediakannya.

Di samping itu, kos barang-barang yang diperlukan juga lebih rendah berbanding perbelanjaan anda untuk membeli makanan luar.

BACA: Nasi Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Kerepek Rangup

Salah seorang pengguna Facebook, Mister John ada berkongsi satu resipi yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom kita tengok resipi tauhu daging kukus yang dikongsi oleh beliau di bawah ini.

Bahan-bahan untuk tauhu daging kukus

  • Tauhu putih lembut

  • 6 ulas bawang putih

  • Setengah biji bawang holland

  • 100g daging cincang

  • 2 sudu sos tiram

  • 2 sudu kicap lemak manis

  • 1 sudu kicap masin

  • 1/2 cawan air

  • Serbuk lada putih

  • Stok ayam

  • Bawang merah goreng

  • Daun bawang sebagai hiasan

  • Cili merah sebagai hiasan

Cara penyediaan

Mula-mula kukus tauhu putih lembut selama lima minit. Sementara tauhu tersebut dikukus, anda boleh mula menyediakan daging yang ingin dituang ke atas tauhu tersebut nanti.

Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan bawang holland dan sambung menumis sehingga ia berubah menjadi keperangan. Selepas itu, anda boleh masukkan daging. Selain daging lembu, anda juga boleh menggunakan daging ayam.

Kemudian, masukkan sos tiram, kicap lemak manis , kicap masin dan gaul sehingga sebati. Selepas daging sudah agak masak, masukkan air dan biarkan seketika.

Selepas itu, anda boleh masukkan serbuk lada putih dan stok ayam dan biarkan sehingga ia betul-betul masak. Sebelum anda tutup api, masukkan bawang merah goreng.

Setelah itu, anda boleh tuangkan daging tersebut ke atas tauhu putih yang telah dikukus tadi. Hiaskan juga dengan daun bawang dan cili merah.

Tauhu daging kukus anda sedia untuk dihidang.

BACA: Resipi Yong Tau Foo ‘Style’ Hakka, Rupanya Mudah Je Nak Buat

Perkongsian ini juga telah menerima pelbagai respons dari pengguna Facebook yang lain. Malah, ada yang turut teruja dan tidak sabar untuk mencuba resipi yang telah dikongsi olehnya.

Jadi, tiada lagi alasan tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang mudah dan sihat.

Apa tunggu lagi, jangan lupa untuk cuba resipi ini di rumah! Untuk melihat cara penyediaan dengan lebih teliti, sila tonton video di bawah ini.

Sumber: Mister John di Facebook