Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
ringgit naik berbanding lain
Kredit: Bernama

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS, Naik Berbanding Mata Wang Utama Lain

Azizah Najib

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS, Naik Berbanding Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini tetapi meningkat berbanding mata wang utama lain berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus mengukuh dalam persekitaran risiko geopolitik yang meningkat, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1735/1985 berbanding dolar AS daripada 4.1730/1790 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal pada paras tinggi, naik sebanyak 0.48 peratus kepada 101.677 mata berikutan permintaan meningkat terhadap mata wang selamat.

“Pendapat kami ialah pasaran memantau kemungkinan tindakan balas oleh Israel (susulan serangan peluru berpandu Iran) dan bagaimana perkembangan konflik di Timur Tengah pada masa depan.

BACA: Israel Lancar Serangan Udara Di Tengah Beirut

“Ringgit dijangka kekal rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kebimbangan yang berterusan mengenai situasi di rantau Timur Tengah,” katanya kepada Bernama.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8482/8657 daripada 2.8931/8975 pada Rabu, naik berbanding euro kepada 4.6100/6377 daripada 4.6208/6274 semalam dan meningkat berbanding pound kepada 5.5357/5689 daripada 5.5472/5551.

Sementara itu, mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

la tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2298/2496 daripada 3.2386/2436 semalam dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.6854/7711 daripada 12.7350/7587 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 273.3/275.1 daripada 273.2/273.8 pada Rabu dan sedikit berubah berbanding peso Filipina kepada 7.43/7.48 daripada 7.43/7.44 sebelum ini.

Sumber: Bernama

BACA: Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Ditamatkan

BACA: “Tak Kisah Jenama” Lelaki Kongsi 5 Rahsia Rakam Video Cantik Guna “Smartphone”