Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Roket SpaceX Sebesar Bas Hentam Bulan Secara Tidak Sengaja

SPACEX
Kredit: AFP

Roket SpaceX Sebesar Bas Hentam Bulan Secara Tidak Sengaja

Sebahagian roket SpaceX bersaiz hampir sebesar sebuah bas dipercayai telah menghentam permukaan Bulan dalam satu pelanggaran tidak disengajakan, lapor AP News.

Menurut laporan itu, pelanggaran berkenaan tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada Bumi, namun dijangka meninggalkan sebuah kawah baharu di permukaan Bulan yang bakal menjadi tumpuan saintis untuk tujuan penyelidikan.

Bahagian atas roket Falcon 9 itu sebelum ini diramalkan menghentam Bulan kira-kira pukul 2.35 petang semalam (waktu Malaysia), selepas hanyut di angkasa selama lebih 18 bulan.

NASA menerusi kapal angkasa Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO) bersama Korea Pathfinder Lunar Orbiter dijangka merakam imej kawasan hentaman bagi mengesan kawah yang terbentuk, namun proses itu mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum imej dapat diperoleh.

Roket Falcon 9 milik SpaceX yang diasaskan Elon Musk itu dilancarkan pada Januari 2025 bagi membawa dua kapal angkasa penjelajah Bulan.

Selepas misi berkenaan, penggalak pertama berjaya kembali ke Bumi, manakala bahagian atas roket terus hanyut di angkasa sebelum akhirnya memasuki laluan perlanggaran dengan Bulan.

Saintis percaya kejadian itu dapat membantu mereka mengkaji kesan hentaman objek buatan manusia terhadap permukaan Bulan, selain meningkatkan pemahaman mengenai pengurusan sisa angkasa lepas ketika aktiviti penerokaan Bulan semakin rancak di peringkat antarabangsa.

Intipati
  • Sebahagian roket Falcon 9 dipercayai menghentam permukaan Bulan tanpa ancaman kepada Bumi.
  • Hentaman itu dijangka meninggalkan kawah baharu yang akan menjadi tumpuan penyelidikan saintis.
  • NASA dan Korea Pathfinder Lunar Orbiter dijangka merakam imej kawasan hentaman dalam beberapa hari.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan