Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjalin kerjasama strategik dengan YTL Corporation Berhad sebagai penaja utama siaran FIFA ASEAN Cup 2026 bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan aksi kejohanan berprestij itu secara langsung.
Sebagai Penyiar Rasmi, RTM akan menyiarkan lima perlawanan terpilih kejohanan berkenaan menerusi Saluran Sukan RTM bermula 25 September ini.
Daripada jumlah tersebut, tiga perlawanan membabitkan aksi peringkat Kumpulan A yang menampilkan pasukan Malaysia, selain perlawanan penentuan tempat ketiga dan aksi final.
Kerjasama bersama YTL Corporation Berhad sebagai penaja utama itu turut mencerminkan sokongan sektor korporat terhadap pembangunan serta penyiaran sukan di negara ini.
Jadual siaran langsung adalah seperti berikut:
25 September 2026 [ Jumaat ]
Bangladesh lwn Malaysia, 4.48 petang 5.00 petang
28 September 2026 [ Isnin ]
Indonesia lwn Malaysia, 8.18 malam 8.30 malam
1 Oktober 2026 [ Khamis ]
Malaysia lwn Singapura, 8.18 malam 8.30 malam
5 Oktober 2026 [ Isnin ]
Penentuan Tempat Ketiga, 4.48 petang 5.00 petang
5 Oktober 2026 [ Isnin ]
Perlawanan Akhir, 8.48 malam 9.00 malam
Ia sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapatkan akses kepada kandungan sukan berkualiti menerusi platform penyiaran awam.
Kerjasama tersebut juga selari dengan peranan RTM sebagai penyiar utama negara dalam menyediakan kandungan bermutu dan relevan untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat.

