Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
rumah bau busuk
Gambar: ImageFX

Rumah Masih Berbau Busuk? Ini 5 Cara Mudah Untuk Hilangkan

Nur Erizsha

Rumah Masih Berbau Busuk? Ini 5 Cara Mudah Untuk Hilangkan

Setiap orang pasti mahukan rumah yang bersih dan kemas untuk dijadikan tempat berehat selepas seharian penat bekerja.

Tidak dinafikan, kediaman yang wangi bukan sahaja mampu memberikan ketenangan, malah menjadikan suasana rumah lebih selesa untuk didiami bersama keluarga.

Namun, pernahkah anda rasa rumah sudah dibersihkan tetapi bau busuk atau hapak masih juga muncul?

Situasi seperti ini memang boleh membuatkan kita rasa tidak selesa, malah lebih memalukan jika ada tetamu yang datang secara tiba-tiba.

Sebenarnya, punca bau busuk dalam rumah bukan hanya daripada faktor luar semata-mata, tetapi juga boleh datang daripada rutin harian yang sering kita terlepas pandang.

Justeru, berikut kami kongsikan penjelasan lanjut daripada Hello Doktor berkenaan punca-punca yang menyebabkan rumah anda masih berbau busuk.

Apa punca rumah anda masih berbau busuk?

Mungkin ramai yang akan menyalahkan udara daripada luar sebagai punca sebenar rumah berbau tetapi tidak sedar jika bau kurang menyenangkan itu datang dari dalam kediaman sendiri.

Untuk pengetahuan anda semua, beberapa aspek yang berikut boleh menjadi punca rumah berbau:

  • Sisa makanan atau minuman

  • Pakaian dan fabrik terpakai

  • Saluran air yang tersumbat

  • Sampah tidak dibuang dengan betul

  • Haiwan peliharaan

Dalam pada itu, tentu sahaja tabiat atau rutin membersihkan rumah secara ‘ala kadar‘ boleh menyebabkan rumah berbau busuk. Jadi, semuanya mungkin berbalik kepada diri sendiri.

Ini petua hilangkan bau busuk dalam rumah

Sebenarnya, tidak sukar untuk anda pastikan kediaman itu sentiasa kekal harum dan segar asalkan anda tahu, faham serta amalkan petua hilangkan bau busuk dalam rumah seperti yang berikut:

Sila makan dan minum dengan lebih cermat

Pertama dan paling utama, rumah anda mungkin akan berbau terutama di dapur dan sinki adalah angkara sisa makanan atau minuman sendiri yang gagal dibuang serta dicuci dengan baik.

Selain akan mendatangkan bau kurang menyenangkan, sisa makanan dan minuman yang bersepah di lantai, dapur atau sinki itu juga boleh menjadi ‘rumah’ kepada mikro yang berbahaya.

Apa yang anda boleh lakukan adalah sila makan dan minum dengan lebih cermat agar tiada sisa tertumpah ke lantai. Kemudian, segera cuci pinggan dan cawan sebelum ia mula menimbun.

Kerap cuci baju

Kadangkala, anda mungkin tidak berpeluang untuk mencuci pakaian dan fabrik yang telah dipakai dengan baik lalu menjadi punca ia berbau busuk atau hapak. Apabila ia tertimbun di dalam bakul dengan banyak dan lama, bau akan makin kuat.

Jadi, sila cuci baju dengan kerap dan baik agar ia tidak akan mengganggu deria bau seisi rumah lagi. Jangan juga culas untuk lipat baju atau sangkut baju di almari.

Selenggara paip rumah

Bau busuk itu juga mungkin datangnya daripada tandas, sinki, atau mana-mana paip rumah yang telah tersumbat dan tidak diselenggara dengan baik. Akibat terperap dengan sangat lama, air yang terkumpul di dalam paip rosak itu akan membawa bau busuk.

Sebaiknya, selenggara setiap paip di rumah anda sebulan sekali sebelum timbul sebarang masalah.

Buang semua sampah di rumah dengan baik

Kebiasaannya, setiap rumah akan mempunyai banyak bakul sampah kecil dan satu tong besar bagi mengumpulkan sampah. Ini adalah suatu strategi pelupusan sampah yang efisien dan efektif.

Apa yang akan menjadi masalah adalah apabila sampah di bakul dan tong tidak disusun atau diikat dengan baik sebelum dibuang sekali gus mengakibatkan satu rumah berbau busuk akibatnya.

Dalam erti kata mudah, jangan simpan sampah lama-lama di dalam atau di luar rumah. Sebaiknya, sila buang semua sampah anda itu sekurang-kurangnya sekali sehari agar tiada lagi bau busuk.

Jika bela haiwan peliharaan, jaga dengan elok

Memang seronok jika ada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing di dalam atau di luar rumah namun turut hadir dengan tanggungjawab besar lebih-lebih lagi jika mereka baka yang manja.

Baka haiwan peliharaan yang khusus untuk dibela di dalam rumah itu memerlukan penjagaan rapi dari sudut pengurusan dan pembuangan najis kecuali ia telah dilatih ‘membuang’ dengan baik.

Kami bukan kata salah untuk individu membela haiwan peliharaan asalkan mereka tidak membuat rumah anda berbau angkara najis yang gagal diuruskan dengan baik. Pilihan di tangan anda.

BACA: Sahih Atau Tak, Rupanya Macam Ini Pemeriksaan Dokumen Dilakukan Jabatan Kimia Malaysia
BACA: Tabiat Korang Patut Tinggalkan Kalau Tak Nak Kereta Cepat Rosak
BACA: Cara Mudah Buat “Gambar Figura 3D” Guna Google Secara Percuma

Sumber: Hello Doktor