Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tabiat Korang Patut Tinggalkan Kalau Tak Nak Kereta Cepat Rosak
Kalau sebut pasal kereta, memang semua orang nak jaga baik-baik supaya tahan lama dan tak cepat rosak.
Tapi tanpa sedar, tabiat memandu harian kita yang sebenarnya menyumbang kepada kerosakan kereta dalam jangka masa panjang.
Akhirnya, kita jugalah yang terpaksa keluarkan duit lebih untuk kos baik pulih.
Jadi, kalau nak kereta sentiasa dalam keadaan tip-top dan tak cepat buat hal, ini tujuh tabiat memandu yang korang patut elakkan mulai sekarang.
Ramai orang suka tekan minyak kuat-kuat sebaik saja hidupkan enjin, kononnya nak cepat sampai. Hakikatnya, tindakan ini membebankan enjin kerana minyak pelincir belum sempat mengalir sepenuhnya.
Apa patut buat: Biarkan enjin berjalan seketika dan panaskan dulu sebelum mula bergerak.
Ada pemandu yang suka biarkan kaki melekap pada pedal klac, ataupun biar kereta meluncur sendiri tanpa gear.
Cara ini bukan saja tak jimat minyak, malah boleh cepat rosakkan klac. Nak ganti klac pula, memang makan ribuan ringgit.
Apa patut buat: Gunakan gear yang betul dan lepaskan klac sepenuhnya bila memandu.
Kadang-kadang lampu amaran menyala masa kita sibuk atau rushing. Tapi jangan pernah abaikan. Itu tanda ada masalah pada sistem penting kereta seperti enjin, brek, stereng, tekanan tayar atau minyak enjin.
Apa patut buat: Kenal pasti maksud setiap simbol di papan pemuka dan ambil tindakan segera bila lampu amaran menyala.
Memandu dengan tangki hampir kosong boleh buat enjin sedut kotoran dari dasar tangki. Lama-lama, ia boleh menyumbat penapis minyak dan merosakkan injector.
Apa patut buat: Sentiasa isi minyak bila meter tinggal suku tangki, jangan tunggu betul-betul kosong.
Walaupun dah biasa memandu, jangan sesekali tukar gear dengan hentakan atau terlalu laju. Perbuatan ini boleh merosakkan kotak gear dan klac.
Apa patut buat: Pastikan klac ditekan sepenuhnya sebelum tukar gear dan buat peralihan dengan lancar.
Engine braking memang membantu terutama bila turun bukit, tapi kalau terlalu kerap guna kaedah ini, ia boleh memberi tekanan pada komponen enjin dan sistem transmisi.
Apa patut buat: Gunakan engine braking bila perlu saja, selebihnya guna brek untuk kawal kelajuan.
Ramai yang suka tekan minyak kuat dalam gear tinggi, contohnya masa mendaki bukit. Tapi ini sebenarnya membebankan enjin kerana RPM rendah tak cukup untuk tampung kelajuan.
Apa patut buat: Tukar ke gear lebih rendah sebelum tekan minyak bila nak potong atau mendaki.
Semoga bermanfaat.
BACA: Tip: 6 Tabiat Korang Patut Tinggalkan Supaya Bateri Telefon Tahan Lama
BACA: Korang Kena Tahu, Ini ‘Kebenaran’ Di Sebalik Cas Telefon Sampai 100%
BACA: Benda ‘Wajib’ Korang Perlu Buat Kalau Nak Bateri Telefon Tahan Lama
Sumber: Gulf Oil International