Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Mudah Buat “Gambar Figura 3D” Guna Google Secara Percuma

Nur Erizsha
cara buat gambar 3d google
Gambar: @cocoli767/TikTok, AI/TOI

Cara Mudah Buat “Gambar Figura 3D” Guna Google Secara Percuma

Kecerdasan buatan (AI) semakin pesat berkembang, dan setiap kemunculan teknologi baharu sering mencetuskan fenomena viral di media sosial.

Antara yang paling hangat ketika ini ialah trend “Nano Banana”, iaitu sebuah aplikasi berasaskan AI. Aplikasi ini mampu menukar gambar biasa menjadi figura digital 3D yang kelihatan seakan model miniatur sebenar.

Umum diketahui, trend ini semakin mendapat perhatian apabila ramai selebriti dan tokoh terkenal berkongsi figur 3D mereka di media sosial.

Ia sekali gus menggalakkan orang ramai untuk mencuba membuat versi sendiri, termasuk figur haiwan peliharaan, rakan-rakan malah idola mereka.

Apa itu Nano Banana?

“Nano Banana” ialah nama gelaran untuk Gemini 2.5 Flash Image, sebuah alat AI canggih keluaran Google.

Dengan hanya memuat naik foto, AI ini boleh menghasilkan figur 3D dalam beberapa saat sahaja, lengkap dengan:

  • Ekspresi wajah yang realistik

  • Butiran pakaian dan aksesori

  • Elemen yang menambah kesan nyata

Apa yang menjadikan ia begitu popular ialah faktor akses mudah, hasil yang menakjubkan serta keseronokan berkongsi di media sosial.

Selain itu, ia percuma dan tidak memerlukan kemahiran suntingan profesional, lapor TOI.

Cara buat figura 3D anda dengan Nano Banana

Nak sertai trend ini? Prosesnya sangat mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit. Ikuti langkah berikut:

1. Lawati Google AI Studio – Pergi ke laman web Google AI Studio dan log masuk menggunakan akaun Google anda.

2. Pilih Alat Nano Banana – Cari butang “Try Nano Banana” untuk mengakses Gemini 2.5 Flash Image.

3. Muat naik foto atau masukkan arahan (prompt) – Klik butang “+” untuk memuat naik gambar anda, atau tulis arahan teks (custom prompt) untuk hasilkan figura walaupun tanpa foto.

4. Sesuaikan butiran figura – Nyatakan skala, gaya pakaian, pose, latar belakang dan pencahayaan untuk dapatkan hasil yang lebih realistik.

5. Hasil siap dalam beberapa saat – Figura 3D anda akan terhasil secara automatik dan boleh terus dimuat turun atau dikongsi di media sosial.

Tip & trik hasilkan figura 3D yang menarik

Untuk dapatkan hasil yang lebih menarik, cuba tip berikut:

  • Gunakan foto yang jelas dan terang — elakkan gambar kabur atau gelap.

  • Perincikan arahan (prompt) — sertakan butiran pakaian, gaya rambut, suasana dan props.

  • Eksperimen dengan ekspresi wajah dan sudut berbeza bagi menambah personaliti.

  • Sertakan latar belakang atau objek tambahan untuk cerita visual yang lebih hidup.

  • Ikuti trend media sosial dengan hashtag seperti #NanoBanana untuk berkongsi hasil dan dapatkan inspirasi.

  • Gabungkan gaya realistik dengan elemen fantasi atau anime untuk hasil yang unik.

Menurut TOI, walaupun Nano Banana kini dilihat sebagai sekadar hiburan viral, sebenarnya ia mencerminkan masa depan teknologi kreatif.

Dengan akses percuma dan mudah, sesiapa sahaja kini boleh menghasilkan visual berkualiti tinggi yang sebelum ini hanya mampu dibuat oleh profesional.

Tambah TOI, teknologi ini berpotensi besar untuk digunakan dalam bidang seperti:

  • Hiburan & seni digital

  • Reka bentuk produk

  • Pemasaran kreatif

  • Pendidikan interaktif

Bonus: Korang nak lagi mudah, tengok video dekat bawah:

BACA: Banyak Khasiat, Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

BACA: Perkara Yang Boleh Dituntut Oleh Waris Sekiranya Pesara Kerajaan Meninggal Dunia

BACA: Besar Dah Dia, “Mowgli Malaysia” Kembali Jadi Sorotan

Sumber: TOI