Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
maksud nombor barangan plastik
Gambar: AI
Tiada Kategori

Rupanya Ini Maksud ‘Nombor’ Dalam Simbol Segi Tiga Pada Barangan Plastik

Nur Alissa

Rupanya Ini Maksud ‘Nombor’ Dalam Simbol Segi Tiga Pada Barangan Plastik

Seperti yang diketahui, kebanyakan barangan kini diperbuat daripada plastik tidak kira dalam industri makanan, barangan elektronik dan banyak lagi.

Tentu ramai di antara kita pengguna barangan ini seperti tupperware, bekas-bekas minuman dan banyak lagi.

Tapi perasan atau tak, setiap barangan plastik mempunyai satu simbol segi tiga kecil dengan nombor berbeza di dalamnya. Sebenarnya apa maksud disebalik simbol dan nombor ini?

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan maksud disebalik simbol ini menerusi kiriman pengguna Facebook, yang juga seorang ahli kimia, Dr. Fatimah Salim di bawah.

Maksud ‘Nombor’ & Simbol Segi Tiga Pada Barangan Plastik

beza bahan kimia
Gambar: Facebook Fatimah Salim

Heboh pula kisah kedai RM2. Saya secara peribadi, masuk sahaja kedai serbaneka RM2. Bukan apa, saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga.

Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.

Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.

Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, dan antimony ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree celcius. Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.

Bukannya tidak boleh guna, cuma elakkan penggunaan plastik jenis ini pada suhu panas.

beza bahan kimia
Gambar: Facebook Fatimah Salim

Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.

Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor satu hingga tujuh yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ianya adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan a.k.a material untuk bekas plastik berkenaan.

Ya. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).

Untuk kod resin nombor 7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama nombor 1 hingga 6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.

Bekas berkod resin nombor 3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.

Bekas berkod nombor 7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, kanser payudara, diabetis, kegemukan, dan penyakit berkaitan jantung.

Bekas berkod resin nombor 6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.

beza bahan kimia
Gambar: Facebook Fatimah Salim

Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi. Yang lain masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar dan sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semulajadi.

Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ianya dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ianya selamat.

Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan tujuannya agar keselamatannya terjamin.

Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini bukan petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: via Facebook Fatimah Salim

BACA: Cara Tebus Tiket Percuma Zoo Negara Sempena Hari Lahir

BACA: Boleh Terapung Atas Air, Ketahui Fakta Menarik Tentang Aquatic Excavator

BACA: Ini Sebab Kenapa Air Laut Tidak Digunakan Untuk Padam Kebakaran