Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rupanya Ini Sebab Eskalator Ada “Berus”

Hannah
berus eskalator
Sumber: Reader's Digest

Rupanya Ini Sebab Eskalator Ada “Berus”

Hampir setiap kali kita menaiki eskalator di pusat beli-belah atau bangunan tinggi, pasti akan terlihat satu barisan “berus” hitam yang terletak di sisi anak tangga bergerak itu.

Mungkin kebanyakan daripada kita mengaitkannya dengan aspek kebersihan, namun siapa sangka ia mempunyai fungsi lain yang sangat penting.

Fungsi sebenar berus eskalator

Secara teknikalnya, “berus” itu memang dikenali sebagai berus eskalator, tetapi ada juga yang memanggilnya penyimpang skirt (skirt deflector).

“Skirt” ini merujuk kepada ruang kecil di antara sisi tangga dan dinding eskalator. Ruang inilah yang berisiko dan perlu dijaga agar tidak berlaku sebarang kemalangan.

Ia direka khusus sebagai ciri keselamatan bagi melindungi pengguna eskalator.

Tujuannya untuk memastikan objek seperti kasut, pakaian longgar, beg atau bahagian tubuh tidak terlalu dekat dengan celah antara anak tangga dan sisi eskalator. Dalam erti kata lain, ia sebenarnya ‘tanda amaran’.

Apabila seseorang terlalu hampir dengan bahagian sisi, bulu berus akan menyentuh kaki atau objek tersebut. Secara tidak langsung, ia mengingatkan pengguna supaya menjauhkan diri.

Satu lagi lapisan keselamatan

Untuk info, selain berus, ada juga eskalator yang menyediakan garisan kuning sebagai penanda jarak selamat, tetapi tidak semua mempunyai ciri ini.

Berbeza dengan garisan kuning yang hanya visual (dilihat), berus ini memberikan amaran secara fizikal yang lebih berkesan.

Justeru itu, ia menjadi salah satu standard keselamatan dalam reka bentuk eskalator moden di seluruh dunia.

Kenapa bahaya jika terlalu dekat?

Ruang kecil (skirt) di sisi eskalator sebenarnya merupakan laluan kepada sistem gear dan motor yang menggerakkan tangga bergerak tersebut.

Jika objek seperti pakaian, beg atau lebih teruk lagi jari kaki tersepit di ruang ini, ia boleh menyebabkan kecederaan serius dan dalam kes tertentu, kecacatan kekal.

Terdapat banyak insiden dilaporkan di seluruh dunia melibatkan kasut kanak-kanak, seluar panjang atau tali beg yang tersangkut di celah eskalator.

Malah, sesetengah eskalator akan terus berhenti secara automatik apabila mengesan gangguan seperti ini bagi mengelakkan kerosakan lebih besar.

BACA: Rupanya Ini Sebab Sebenar Tayar Kenderaan Ada ‘Rambut’

BACA: Maksud Sebenar “CC” Dalam Pilihan Subtitles

BACA: Ketahui Sebab Banyak Stesen Minyak Dekat Antara Satu Sama Lain

Sumber: Reader’s Digest