Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rupanya Ini Sebab Lebuhraya KL–Karak Tiada Smart Lane

Karak Tiada Smart Lane
Kredit: Bernama

Rupanya Ini Sebab Lebuhraya KL–Karak Tiada Smart Lane

Lebuh raya di Malaysia semakin hari semakin berkembang dengan pelbagai kemudahan pintar bagi melancarkan aliran trafik, terutama ketika waktu puncak dan musim perayaan.

Daripada sistem pembayaran tanpa tol, kamera pemantauan masa nyata sehinggalah kepada penggunaan Smart Lane yang dibuka pada waktu tertentu, pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi mengurangkan kesesakan yang sering menjadi 'rutin' harian pengguna jalan raya.

Namun, dalam banyak-banyak lebuh raya utama di negara ini, pernah tak kita tertanya-tanya mengapa tidak semua laluan menikmati kemudahan yang sama?

Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) misalnya. Walaupun merupakan antara laluan utama yang menghubungkan Lembah Klang dan Pantai Timur serta sering mengalami kesesakan, terutama ketika musim perayaan dan cuti panjang, lebuh raya ini masih belum dilengkapi dengan sistem Smart Lane seperti beberapa lebuh raya lain di Malaysia.

Persoalan itu akhirnya mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna Threads, @farisruslan, mengemukakan soalan yang dipercayai turut bermain di fikiran ramai pengguna jalan raya.

Menerusi satu hantaran, beliau mempersoalkan mengapa KLK yang kerap berdepan kesesakan trafik masih belum mempunyai kemudahan Smart Lane.

"Kenapa highway KL-Karak ni tak ada Smart Lane macam beberapa highway lain di Malaysia? Highway ni selalu juga jem, bukan pada musim perayaan sahaja.

"Siapa tahu, boleh share?" soalnya menerusi hantaran tersebut

Hantaran tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Persoalan itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang turut berkongsi pandangan serta pengalaman mereka menggunakan laluan berkenaan.

Bagaimanapun, persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila pihak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tampil memberikan penjelasan mengenai sebab sebenar mengapa Smart Lane masih belum sesuai dilaksanakan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK).

Kenapa KL-Karak tak aktifkan Smart Lane

Menurut Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) mempunyai keadaan laluan, bentuk muka bumi dan keperluan keselamatan yang berbeza berbanding lebuh raya lain.

Ini kerana sebahagian laluan KLK terletak di kawasan berbukit dan berselekoh, sekali gus menjadikannya lebih mencabar dari segi reka bentuk serta pengurusan trafik.

Kredit: Lebuhraya Pantai Timur via Facebook

Dalam masa yang sama, lorong kecemasan perlu sentiasa kekal boleh diakses bagi tujuan keselamatan, terutamanya jika berlaku insiden atau kecemasan di sepanjang laluan.

Justeru itu, aspek keselamatan pengguna kekal menjadi keutamaan utama, dan faktor inilah yang menyebabkan pelaksanaan Smart Lane di KLK tidak dapat dilaksanakan seperti di beberapa lebuh raya lain.

Setiap lebuh raya tak sama

Smart Lane mungkin lebih sesuai dilaksanakan di lebuh raya yang mempunyai laluan lebih rata, lurus serta ruang lorong kecemasan yang lebih luas dan stabil untuk digunakan secara terkawal.

Namun bagi KLK, keadaan geografinya jauh berbeza kerana ia merentasi Banjaran Titiwangsa, iaitu kawasan berbukit yang memerlukan pendekatan pengurusan trafik yang lebih berhati-hati dan khusus.

Kredit: Lebuhraya Pantai Timur via Facebook

Antara ciri utama laluan KLK termasuk pendakian yang curam, selekoh berterusan, perubahan ketinggian yang ketara serta ruang bahu jalan yang terhad.

Faktor-faktor inilah yang menjadikan pelaksanaan Smart Lane kurang sesuai, kerana aspek keselamatan pengguna perlu sentiasa diutamakan di sepanjang laluan tersebut.

Lorong kecemasan perlu kekal boleh diakses

Di KLK, lorong kecemasan bukan sekadar ruang tambahan di tepi jalan, sebaliknya ia perlu sentiasa kekal boleh diakses untuk tujuan keselamatan dan operasi kecemasan di sepanjang lebuh raya.

Ini termasuk penggunaan oleh kenderaan yang mengalami kerosakan, pasukan bantuan kecemasan, rondaan lebuh raya serta unit tindak balas insiden yang perlu sampai dengan cepat, terutama di kawasan berbukit dan berselekoh.

Kredit: Lebuhraya Pantai Timur via Facebook

ini menjadikan lorong kecemasan di KLK sangat kritikal dan tidak boleh diubah fungsinya secara fleksibel seperti di beberapa lebuh raya lain.

Apa Pendekatan LPT di KLK?

Walaupun Smart Lane tidak dilaksanakan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK), pihak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) memaklumkan bahawa pelbagai langkah lain telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan aliran trafik kekal lancar serta keselamatan pengguna terus terpelihara.

  • Pemantauan berterusan melalui TMC

Pemantauan 24/7 melalui Traffic Central Centre (TCC) dengan teknologi CCTV, sensor dan sistem analitik trafik.

  • Respon insiden yang pantas

Pasukan AFA Ronda bersiap siaga 24/7 untuk memberi bantuan pantas dan mengurangkan kesan kesesakan.

  • Kawalan trafik secara strategik

Pengurusan aliran trafik secara adaptif melalui ramp metering, VMS, dan kawalan had laju bagi melancarkan pergerakan.

  • Pelebaran KLK: Kapasiti & Pencahayaan

Projek pelebaran dan penambahbaikan pencahayaan bagi meningkatkan kapasiti, dan keselamatan jangka panjang.

Kredit: Lebuhraya Pantai Timur via Facebook