Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Saintis Kesan Pembentukan Laut Baharu Di Afrika

Laut Baharu Afrika
Gambar: Rupert Smith / University of Rochester

Saintis Kesan Pembentukan Laut Baharu Di Afrika

AFRIKA — Saintis dipercayai telah mengesan pembentukan lautan baharu selepas tanah di benua Afrika dilaporkan mula terbelah menjadi dua bahagian, lapor UNILAD.

Menurut kajian yang disemak semula Geophysical Research Letter, para pengkaji mengesahkan penemuan itu.

Rekahan itu terletak di tiga plat tektonik yang secara beransur-ansur bergerak menjauh sejak kebelakangan ini. Ia juga dikenali sebagai East African Rift.

Seorang pelajar kedoktoran di Universiti Leeds, Christopher Moore berkata kepada NBC News, kajian mengenai rekahan benua boleh dijalankan di kawasan tersebut.

Laut Baharu Afrika

“Teknologi radar satelit digunakan untuk memantau aktiviti gunung berapi di rantau Afrika Timur. Kawasan tersebut sering dikaitkan dengan rekahan tanah,” katanya.

saintis temui lautan baharu
Gambar: University of Rochester

Peralihan tanah itu juga pernah dilihat sebelum ini dengan terbentuknya Laut Merah dan Teluk Aden yang mempunyai daratan bersambung.

BACA JUGA: Saintis Temui Koridor Rahsia Dalam Piramid Giza Berusia 4,500 Tahun

Sementara itu, ahli geofizik marin dan profesor University of California, Ken Macdonald berkata kadar pergerakan plat itu mampu diukur setiap tahun dengan pengukur GPS.

“Bahagian kecil Afrika Timur itu akan menjadi benua kecil yang terasing. Ia akan membentuk lautan baharu. Tiga plat tektonik mula bergerak menjauhi pada julat kelajuan yang berbeza,” katanya.

Difahamkan, rekahan tersebut bergerak 0.2 inci setiap tahun.

Sejak tanah itu mulai merekah, ia telah menyebabkan keluasan tanah terbuka sepanjang 30 juta kilometer persegi. Jika perkara ini berterusan, negara seperti Zambia dan Uganda akan mempunyai pinggir pantai.

Terdahulu, retakan itu pertama kali muncul di padang pasir Ethiopia pada tahun 2005. Sehingga kini, ia telah bergerak sehingga 56 kilometer (35 batu) dari benua kedua terbesar di dunia.

BACA JUGA: Saintis Temui Fosil Gergasi Laut Purba, Seakan Buaya & Ular

Terdahulu, benua Afrika Timur itu dilaporkan mengalami kemarau terburuk dalam tempoh empat dekad yang lalu, lapor Zawya.

Akibat daripada cuaca buruk itu, lebih 22 juta penduduk berdepan ancaman kebuluran dari selatan Ethiopia ke utara Somalia. Angka tersebut meningkat sebanyak dua kali ganda dari tahun 2020.

Perkara ini disebabkan oleh aktiviti pertanian dan penternakan yang terjejas.

Sumber: UNILAD