Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Saya Ambil Tanggungjawab Sepenuhnya Terhadap Kegagalan DAP ” – Anthony Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan DAP menghormati keputusan oleh para pengundi selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan parti itu tewas di lapan kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17.
Menurutnya, parti itu juga menerima dan menghormati keputusan oleh para pengundi di lapan kawasan tersebut.
Dalam satu kenyataan di Facebook, beliau juga mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan itu.
“Sebagai Setiausaha Agung parti, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kelemahan dan kegagalan DAP memenangi sebarang kerusi dalam Pilihanraya Sabah yang ke-17 ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada parti dan calon yang telah diberi mandat oleh pengundi di kawasan-kawasan tersebut.
“Pucuk pimpinan parti akan mengambil iktibar daripada keputusan ini dan menilai semula segala kelemahan kami serta berusaha untuk memenangi semula sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang,” katanya.
Ujarnya lagi, DAP Sabah masih mempunyai dua wakil di peringkat Parlimen dan kedua-dua Ahli Parlimen iu akan melipatgandakan usaha dan gerak kerja mereka di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan.
Parti itu tewas di lapan kerusi yang juga dianggap sebagai kubu kuat mereka sebelum ini iaitu di Lapan kerusi tersebut ialah Luyang, Kapayan, Tanjung Papat, Tanjung Aru, Kemabong dan Elopura, Sri Tanjong serta Likas.
Sumber: Anthony Loke Siew Fook