Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Saya Bersedia,” Video Persediaan Farah Lee Sebelum Ditahan Buat Ramai Sebak

Sofea
farah lee
Kredit: Farah Lee

“Saya Bersedia,” Video Persediaan Farah Lee Sebelum Ditahan Buat Ramai Sebak

Seperti yang diketahui, personaliti media sosial dan aktivis, Farah Lee dan 22 lagi rakyat Malaysia telah ditahan selepas kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dinaiki mereka dipintas oleh tentera Israel.

Ramai yang tertunggu-tunggu mengenai perkembangan penanahan mereka. Terbaru, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan kesemua 23 aktivis Malaysia akan dibawa pulang dalam tempoh 48 jam.

Ia memberikan sedikit kelegaan dalam kalangan orang ramai termasuk ahli keluarga kesemua aktivis itu.

Dalam pada itu, akaun TikTok Farah Lee mencuri tumpuan apabila memuat naik video yang memaparkan aktivis itu melakukan persediaan sebelum ditangkap oleh Israel.

Video itu dirakam oleh Farah pada 1 Oktober lalu dan dimuat naik oleh admin hari ini.

“Farah sempat berkongsi video persediaan menghadapi serangan Israel, dengan poket penuh kelengkapan. Semoga dia baik-baik saja dan terus kuat,” tulis kapsyen di video itu.

BACA: Wisma Putra: 23 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Flotila Ke Gaza Selamat, Akan Dihantar Pulang

Farah di dalam video itu berkata dia membawa barang-barang yang diperlukan di dalam jaket.

“Nanti kalau kapal kena pintas, Farah difahamkan yang barang-barang semua akan dibuang, jadi apa yang ada dengan kita sahaja boleh kita bawa.

“Farah pakai siap-siap gelang tangan (untuk anti-mual) kerana Farah mabuk darat, pakai tudung yang selesa, tudung sarung je, baju yang tidak tebal sangat dan tidak nipis sangat.

“Nanti Farah akan pakai jaket, jadi jaket ini dalam poket penuh dengan barang-barang berharga, contoh sekarang Farah tengah datang bulan, jadi Farah letak tuala wanita dan sebagainya.

“Dalam poket lagi satu ada ubat mabuk, cermin mata, ubat sakit kepala, pasport dan kad bank. Harap mereka tak buang,” katanya.

Farah dengan penuh keyakinan berkata dia bersedia dengan segala kemungkinan, sama ada berjaya sampai ke Gaza atau dipintas oleh Israel.

“Saya bersedia jika ini adalah hari terakhir saya untuk hidup,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak melihat video tersebut dan mendoakan agar Farah dapat pulang ke Malaysia dengan selamat.

“Hebatnya mereka, macam bersedia je dengan apa yang bakal berlaku, saya harap sangat mereka dapat balik dengan selamat dan kekal sihat, sedihnya,” kata seorang netizen.

Sumber: Farah Lee