Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Saya Takkan Buat Macam Tu,” KA Sebak Luah Isi Hati, Tegaskan Tak Aniayai Pelanggan

KA Sebak

Tidak semua orang tahu liku-liku dan cabaran yang perlu dilalui seseorang untuk mencapai sesuatu kejayaan. Apa yang dilihat kebanyakannya hanyalah hasil akhir, tetapi ada kalanya ia turut menjadi bahan kritikan ramai.

Baru-baru ini, usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming (KA), tampil menjelaskan sentimen yang 'dilemparkan' kepadanya oleh seorang pengguna Threads sehingga membuatkan dia turut meluahkan kekecewaan.

Perkara itu sekali lagi menyentuh emosinya ketika bersiaran langsung di TikTok semalam apabila KA dilihat tidak dapat menahan rasa sebak sewaktu berkongsi mengenai perjalanan yang dilaluinya untuk sampai ke tahap hari ini.

KA sebak

Mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengaitkannya dengan sikap kapitalis, KA berkata dia tidak pernah berniat untuk menganiayai pelanggannya.

“Saya takkan buat macam tu pada pelanggan saya. Itu prinsip yang saya pegang daripada dulu tapi ada sampai satu tahap benda saya tak boleh kawal.

“Contoh jualan malam ni saya boleh buat, saya boleh kawal sebab pre-order kilang. Kita boleh tambah kalau nak tambah production lebih, buat OT, tambah mesin dan sebagainya.

“Kalau Rembayung, saya nak tambah apa lagi tak boleh,” katanya.

KA berkata dia tidak mampu mengawal semua perkara dalam satu masa.

“Saya minta tolonglah letak diri anda di posisi saya juga bila memberi kecaman.

“Saya tak boleh kawal semua benda, saya ada kilang kena jaga dan content kena buat. Kalau saya tak buat content orang kata saya boring.”

KA turut memohon maaf kepada pelanggannya yang mungkin kecewa dengan pengalaman atau kualiti produk keluarannya.

“Saya minta maaf siapa yang cuba bekerjasama dengan saya tapi tak dapat, saya minta maaf siapa yang cuba Rembayung tapi tak mudah untuk slot.

“Saya minta maaf siapa yang dah datang (Rembayung), tapi mungkin tak puas hati dengan apa yang saya hidangkan kepada anda,” katanya.

Usahawan terkenal itu turut mengimbas kembali permulaan perjalanan perniagaannya serta keadaan keluarganya suatu ketika dahulu.

Antara yang dikongsikannya adalah mengenai kesukaran kewangan yang pernah dilalui sehingga tidak mampu memberikan wang untuk membeli ubat buat arwah bapanya.

“Nak beli ubat dia pun aku takde duit, dia mintak RM10 pun aku tak boleh nak bagi masa tu,” katanya sambil menitiskan air mata.

Ramai yang turut tersentuh dan sayu melihat luahan KA, apatah lagi selama ini dia jarang memperlihatkan sisi emosinya kepada orang ramai.

Sumber:Threads
Intipati
  • Khairul Aming sebak ketika menjelaskan dakwaan pengguna Threads dalam siaran langsung TikTok.
  • Beliau menegaskan tidak berniat menganiayai pelanggan dan meminta orang memahami kedudukannya.
  • KA memohon maaf kepada pelanggan kecewa, termasuk berkaitan pengalaman di Rembayung.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan