Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Sebuah Unit Kondominium Di Mont Kiara Terbakar Libatkan Seorang Mangsa

Sofea
unit kondominium mont kiara terbakar
Kredit: Anabelle

Sebuah Unit Kondominium Di Mont Kiara Terbakar Libatkan Seorang Mangsa

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Sebuah unit rumah di tingkat 27 sebuah kondominum dekat sini, terbakar dalam kejadian malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.46 malam yang dipercayai turut melibatkan seorang mangsa.

“Setakat ini api sudah berjaya dikawal dan anggota bomba masih berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hartamas dengan bantuan BBP Sentul, Titiwangsa, Taman Tun Dr Ismail dan Manjalara dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA