Dalam usaha memudahkan rutin harian pekerja yang bekerja dari rumah (WFH), Secret Recipe tampil dengan solusi praktikal menerusi pelancaran Set WFH baharu yang kini boleh didapati melalui aplikasi Secret Recipe dan tempahan web SRGO.
Seiring dengan peningkatan pelaksanaan polisi kerja dari rumah, ramai berdepan cabaran seperti jadual padat dengan mesyuarat berturut-turut, kekangan masa untuk menyediakan makanan, serta kesukaran keluar membeli makanan ketika waktu puncak.
Melihat situasi ini, Secret Recipe memperkenalkan Set WFH yang membolehkan pelanggan membuat tempahan lebih awal, seterusnya mengambil makanan pada waktu pilihan tanpa perlu beratur atau menunggu lama.
Menurut Pengurus Pemasaran Secret Recipe, Ryan Chung, inisiatif ini diperkenalkan bagi memberi lebih fleksibiliti kepada pelanggan.
“Kami memahami cabaran mengimbangi jadual kerja dari rumah yang sibuk. Dengan Set WFH ini, pelanggan boleh membuat tempahan awal dan mengambil makanan pada waktu pilihan tanpa mengganggu aliran kerja mereka,” katanya.
Set Makan Baharu, Lengkap & Mengenyangkan
Antara tarikan utama adalah Makan Set, iaitu set kombo yang lengkap dengan hidangan utama dan sepotong kek. Ditawarkan pada harga bermula RM22.50, set ini sesuai untuk makan tengah hari atau waktu rehat yang singkat.
Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai menu popular seperti Grilled Black Pepper Chicken, Shrimp Aglio Olio, serta pilihan nasi goreng dan mi yang memenuhi pelbagai selera.
Bagi pencuci mulut pula, pelanggan boleh menikmati pilihan kek signature seperti Marble Cheese dan Hokkaido Triple Cheese, atau kegemaran ramai seperti Chocolate Banana dan Choc Cheese Berries. Lebih menarik, dengan tambahan RM5 sahaja, pelanggan boleh menaik taraf set dengan minuman menyegarkan pilihan mereka.

Tea Set WFH, Snek Manis Penghilang Stress
Selain itu, Secret Recipe turut memperkenalkan dua pilihan Tea Set WFH, sesuai untuk mereka yang inginkan snek ringan di antara waktu kerja. Ditawarkan pada harga bermula RM15, setiap set didatangkan dengan satu potong kek dan satu minuman terpilih.

Tea Set A menampilkan pilihan kek klasik seperti Chocolate Fudge dan New York Cheese, manakala Tea Set B pula lebih premium dengan pilihan seperti Salted Caramel Macadamia Cheese dan Thai Milk Tea Cake.
Set WFH ini ditawarkan untuk masa terhad. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SRGO! Pick Up atau memuat turun aplikasi Secret Recipe.
