Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Sekali Lagi Harum Nama Malaysia, Kucing “Baby” Juara World Winner Show 2025

"Baby" Juara World Winner Show 2025
Kredit: @mommy_gojes_miko via TikTok

Sekali Lagi Harum Nama Malaysia, Kucing “Baby” Juara World Winner Show 2025

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan ramai orang disebabkan sifatnya yang comel dan manja mampu menawan hati siapa sahaja yang melihat telatahnya.

Setiap aksi dan gerak-gerinya sering membuatkan orang terhibur. Ada sahaja kelakuan si bulu ini yang mampu menawan hati tuannya setiap hari.

Ia juga dikenali sebagai haiwan yang setia dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran, menjadikannya teman yang ideal bagi pencinta haiwan.

Bukan hanya itu, kerana minat yang mendalam terhadap kucing ada yang turut membawa si comel memasuki pertandingan antara kucing. Dalam pertandingan ini setiap aspek dari segi kesihatan, kecantikan dan banyak lagi akan dititik beratkan sebelum memilih pemenang.

Kucing ini sekali lagi mengharumkan nama Malaysia

Baru-baru ini, seekor kucing yang dikenali sebagai Baby sekali lagi mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara dunia dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa atau nama rasminya World Winner Show 2025.

Difahamkan, acara itu berlangsung selama dua hari di Bucharest, Romania pada 25 Oktober hingga 26 Oktober lalu.

Baby merupakan seekor kucing betina milik pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Muhammad Shaharudin serta Rooaida Mohd Darus.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh @mommy_gojes_miko, kemunculan Baby sebagai juara untuk pertandingan secara tidak langsung telah menewaskan pesaingnya dari pelbagai negara.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan Brit Malaysia atas sokongan dan tajaan bagi perjalanan kami ke World Cat Show 2025 di Romania,” ujar beliau.

Di samping itu, turut dapat dilihat tuannya sangat pandai menjaga dan mendandan bulu Baby sehingga ia kelihatan rapi serta cantik.

“Sokongan daripada Brit bukan sahaja membantu kami merealisasikan impian untuk terus bertanding di pentas dunia, tetapi juga memberi semangat kepada kami untuk terus membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa,” kata @mommy_gojes_miko lagi.

Kelab Kucing Malaysia mengucapkan tahniah

Menerusi hantaran The Official Site of Kelab Kucing Malaysia (KKM), pihaknya turut meluahkan rasa bangga apabila sejarah berulang, dengan Malaysia sekali lagi berjaya merangkul gelaran berprestij World Winner 2025 di FIFe World Cat Show 2025.

“Kemenangan ini menjadi bukti kehebatan dan dedikasi ahli Kelab Kucing Malaysia dalam mengharumkan nama Malaysia di persada dunia

“Terima kasih atas doa dan sokongan semua. kejayaan ini milik kita bersama,” kata KKM.

BACA: Banding Dengan California, Mat Saleh Tak Sangka Lebuh Raya Malaysia Macam Ni
BACA: Kreatif, Cara Sekumpulan Gen Z Main Badminton Undang Tawa Ramai
BACA: “Tak Pernah Berpisah Walau Sekali,” Suami Sebak Bacakan Talqin Untuk Isteri Tercinta

Sumber: @mommy_gojes_miko via TikTok