Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Selalu ‘Buat’ Rupanya Salah, Ini Senarai Perkataan Dengan Ejaan Yang Betul
Seperti umum ketahui, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dan termaktub dalam perlembagaan.
Bahkan sejak dahulu lagi, Bahasa Malaysia mempunyai keunikan dan lenggoknya yang tersendiri sejak dahulu lagi.
Buktinya, Bahasa Melayu kuno digunakan secara meluas di seantero Asia Tenggara, hingga menjadi bahasa perantaraan (lingua franca).
Lazimnya, bahasa ini digunakan dalam pelbagai akiviti seperti memudahkan urusan perdagangan, hubungan diplomatik, serta penyebaran agama Islam.
Seiring peredaran masa, Bahasa Melayu berasimilasi dengan pengaruh bahasa lain seperti Bahasa Sanskrit, Arab, Portugis dan Belanda.
Disebabkan itu, wujudnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berperanan sebagai badan pengelola bahasa kebangsaan ini dalam menyeragamkan atau menetapkan sesuatu perkataan.
Bagaimanapun, kadangkala segelintir orang ramai masih lagi menggunakan atau menulis perkataan yang disangka betul tetapi salah.
Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan beberapa perkataan yang disangka betul, tetapi salah berdasarkan kiriman Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka.
1. Kata Majmuk

2. Kata Serapan Daripada Bahasa Inggeris


3. Kata Biasa

Terdahulu, terdapat 12 perkataan baharu yang telah dimasukkan pada kamus dalam talian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Berikut adalah 12 perkataan baharu yang dimasukkan dalam Kamus Online DBP:
Ketimbang – kata sendi nama menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu.
Tatanan – peraturan atau sistem yang ditetapkan atau yang dipersetujui bersama-sama
Intiha – akhir, penghabisan atau penutup
Mahsul – hasil mahsul; berbagai-bagai hasil dalam sesebuah negeri
Purbasangka – arkaik prasangka (perkataan Melayu klasik)
Taakul – hal membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik
Kesenjangan – keadaan senjang, ketidakseimbangan, kelainan, perbezaan
Tiwikrama – perubahan besar dengan usaha yang bersungguh-sungguh, pengubahan diri watak yang bertukar menjadi raksasa dan sebagainya dalam cerita wayang kulit
Walhasil – hasilnya atau akibat daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya
Maha Kaya – (tentang ALLAH SWT) sangat atau teramat hebat (tentang seseorang) besar atau tinggi kedudukannya
Kebinekaan – keadaan pelbagai jenis atau aneka ragam di sesuatu tempat, negara dan sebagainya
Tatakelola – pentadbiran organisasi mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan; menitikberatkan sifat dan sikap positif pemimpin, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan; ideologi dan fikiran yang prolifik untuk menjana perubahan
Sumber: Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka