Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Semalam Kak Mimpi Haikal Balik” - Keluarga Masih Setia Menanti Pendaki Malaysia Hilang Di Nepal

NEPAL
Kredit: Threads/ @myanaimah

“Semalam kak mimpi Haikal balik dengan selamat. Masa itu banyak kali kak tanya, betul ke ini bukan mimpi? Rasa sangat nyata.”

Begitu luahan menyentuh hati seorang wanita dikenali sebagai Myanaimah yang masih menanti kepulangan adik iparnya, Muhammad Adib Haikal Awang Mansor, yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal.

Kredit: Threads/ @myanaimah

Menerusi perkongsian di Threads, Myanaimah berkata mimpi itu terasa begitu nyata seolah-olah Haikal sudah kembali ke pangkuan keluarga.

Lebih menyentuh hati, dalam mimpi tersebut Haikal dikatakan pulang sambil membawa pelbagai cenderamata untuk diberikan kepada ahli keluarga, sama seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Siap bawa balik macam-macam cenderamata untuk kami pilih, sama seperti sebelum ini.

“Balik tau, mak, abah, adik-beradik semua sayang sangat Haikal. Kami semua tunggu. Abah kata Haikal hero abah,” tulisnya.

Muhammad Adib Haikal, 27, merupakan antara tiga pendaki warga Malaysia yang masih belum dapat dihubungi selepas kawasan pendakian mereka terjejas akibat bencana berkenaan.

Perkongsian itu turut disertakan beberapa keping gambar kenangan bersama Haikal, sekali gus menggambarkan betapa keluarga masih menaruh harapan untuk melihatnya pulang dengan selamat.

Myanaimah dalam pada itu memohon orang ramai agar terus menitipkan doa buat Haikal dan rakan-rakannya yang masih belum ditemukan.

“Mohon semua doakan adik ipar saya, Muhammad Adib Haikal Awang Mansor dan kawan-kawannya berada dalam keadaan selamat dan baik-baik sahaja,” katanya.

Sumber:@myanaimah
Intipati
  • Myanaimah berkongsi mimpi Muhammad Adib Haikal pulang dengan selamat kepada keluarga.
  • Haikal, 27, antara tiga pendaki Malaysia masih belum dapat dihubungi di Nepal.
  • Keluarga masih menaruh harapan dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan mereka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan