Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Semangat Abang Ni Menari Ketika Raptai Curi Tumpuan Ramai

semangat abang ni menari
Kredit: amrufeez8

Semangat Abang Ni Menari Ketika Raptai Curi Tumpuan Ramai

Menghitung hari, tidak lama lagi kita semua bakal menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. Ketika ini, raptai untuk sambutan di Putrajaya sedang diadakan dan semua yang terlibat berusaha memberikan yang terbaik untuk kelancaran majlis pada 31 Ogos nanti.

Selain agensi-agensi kerajaan, banyak pihak yang terlibat ketika sambutan ini nanti termasuk penari-penari yang akan mempersembahkan tarian istimewa sempena merdeka.

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan aksi para penari ketika raptai yang menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @amrufeez8, salah seorang penari mencuri tumpuan kerana sangat lincah menari.

Tarian yang turut diiringi lagu Tamil itu membuatkan orang ramai tidak sabar untuk menyaksikan persembahan penuh nanti.

BACA: Raptai Hari Kebangsaan: 14 Jalan Di Sekitar Putrajaya Ditutup Mulai 26 Ogos

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha penari terbabit.

“Dah tahu kan kenapa dia depan sekali, sebab dia slay”

“Tak sabar nak datang nanti. Memang auto bermalam kat sana nanti macam tahun lepas”

“Ni baru rehearsal, kalau hari sebenar lagi all out”

“Abang tu menari dengan ‘soul’, bukan sekadar menari, dia enjoy tu”

“Macam happy betul nampak, layan tarian tu betul-betul, terbaik, balik event mahu pengsan ni”

Sumber: amrufeez8