Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seram, Penduduk Panik Lihat Ular Sawa Panjang Berenang Dalam Banjir

Ular Sawa Panjang
Kredit: beritasatu

Seram, Penduduk Panik Lihat Ular Sawa Panjang Berenang Dalam Banjir

Rakaman seekor ular sawa sedang berenang di dalam air ketika kawasan pelancongan Pulau Dewata di Bali dilanda banjir menjadi tular di media sosial.

Berita Satu melaporkan hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu lalu mengakibatkan banjir besar di Pulau Bali.

Kawasan seperti Kuta, Legian dan Seminyak di pantai barat daya dilaporkan dilanda air setinggi antara 30 hingga 70 sentimeter.

Difahamkan, kemunculan seekor ular sawa gergasi yang dirakam sedang berenang di jalanan menambahkan lagi ketakutan dalam kalangan penduduk.

Video itu dengan pantas menjadi tular dan menjadi topik perbualan di pelbagai platform media sosial.

Menurut Berita Satu, banjir di Bali kali ini menjadi perhatian kerana berlaku di kawasan strategik pelancongan.

Aktiviti pelancongan dan pergerakan masyarakat sempat terganggu akibat paras air yang agak tinggi.

Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan masih memantau perkembangan cuaca serta paras air di beberapa lokasi yang berisiko.